Translate to your language

Tuesday, December 18, 2007

KERJA - BOS SENDIRI


Anda menghadapi masaalah kewangan?.
Tiada Perkerjaan ? .
Selalu ingat perumpamaan ini. "Ulat dalam batu boleh hidup , 
Inikan manusia yang mempunyai akal fikiran yang boleh berfikir." 
Tanamkan motto hidup kita " 
Dimana ada usaha, disitu ada jalan." Atau konsep ini, 
"Usaha Tangga kejayaan." 
Konsep tiada kerja dalam dunia ini tidak boleh diterima.
 Bermacam-macam jenis perkerjaan boleh dibuat ..
..hanya diri kita yang selalu memilih status menjadikan diri sukar selamanya.

Mohon kerja tak dapat? Mahu berniaga tiada bermodal? ...
..Adakah ini masaalah anda?... 
Hanya perlukan tenaga dan usaha berpanjangan.
Moga anda bebas dari segala masaalah.
Selamat Berjaya.



KLIK DISINI

DAFTAR NAMA ANDA UNTUK KHIDMAT NASIHAT PERCUMA

Monday, October 22, 2007

Doa Siti Zulaika


Tuhanku…..
Seandainya telah kau takdirkan
dia milikku…..tercipta buatku
dekatkanlah hatinya dengan hatiku
tetapkan kemesraan kami
agar kebahagiaan ini kekal abadi
dan Tuhanku……..
Seiringkanlah kami mengharungi hidup luas ini
ketepian yang sejahtera
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku,bawalah dia jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku ,dan peliharalah aku dari kecewa
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
berilah aku kekuatan
Melontar bayangannya ke dada langit
hilang bersama senja nan merah dan gelap pekat awan
agar aku bisa bahagia walaupun tanpa dirinya
Dan Tuhanku yang tercipta biarkanlah yang hilang
Tumbuhkanlah kembali yang patah, Meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku menyintainya, aku pohon agar...
Tuhanku melenyapkan perasaan ini..
sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
kupohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
selagi tidak melebihi kasih pada-Mu….
Amin…

Wanita


ALLAH menciptakan seorang wanita
sesungguhnya ia sesaorang yang cukup istemewa.
Ayunan tangannya boleh mengoncang dunia;
namun, begitu lembut yang dapat memberikan ketenangan,
mampu melahirkan anak.mengasuh anak,mencintai anak-anaknya dengan tulus,menjaga dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.dan mampu menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.Airmata sahaja yang mampu dititiskan”

“Wanita yang kebijaksana tidak akan meyakiti hati suaminya ,pun begitu seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,Namun kekadang datang ujian menguji ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu dan menjadi pendorong kekuatan suami dalam segala hal”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, atau bagaimana ia
menyisir rambutnya. Rahsia kecantikan seorang wanita itu dapat dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya,tempat dimana cinta dan ketulusan di pamerkan.”

Sunday, September 30, 2007

Cinta Mewangi Selamanya.


Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yg kian bertambah,
sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri .Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama.Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta.satu misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.


__________________________________________________________________________________
Note-
Wahai hati, sedarilah hidup ini,ia akan pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah ,dan pelajarilah apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya.

AyatAn-Nisa: 34. “Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”.Ikutlah ajaran yang digariskan oleh ALLah ,hidup akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Sedarlah Cinta itu kurnian Tuhan,hargailah, ,hayatilah kerana dengan ada Cinta hidup lebih bermakna.Sedarilah, "Bercinta tidak semestinya hidup bersama.".Dengan ada Cinta keazaman akan menjadi lebih kental untuk menjadi manusia yg gemilang lagi cemerlang.

Tuesday, September 25, 2007

Dewasa Bukan Bererti Matang


Kelmarin mengikuti kursus keibu-bapaan.Dah jadi mak dan bapak memang patut ikut kursus kerana ilmu mesti dicari.”Orang tua banyak makan garam.” Memang betul tapi kalau banyak makan garam kimia bukan asli lantaran kurang ilmu…itulah jadinya,”penyakit darah tinggi.” Orang yang kena penyakit ini biasanya garang-garang belaka.Dewasa bukan bererti matang. Matang hanya akan diperolehi melalui ilmu.
Suasa petang yang santai,penceramah tu mengajar kaedah berkomunikasi antara anak dan ibu-bapa .Difahamkan kaedah ini berguna juga untuk berinteraksi dalam apa jua keadaan.Terima kasih kerana tunjuk ajar.

Katanya, Dr.Eric Berne berpendapat manusia mempunyai kebolehan untuk mengubah perangai dan tingkah laku semulajadinya (perangai asal),apabila terdapat perhubungan antara manusia. Hubungan ini akan dapat menyelesaikan masaalah keindividuan dan juga dapat memperbaiki perhubungan antara satu dengan yang lain.Mendengar ceramah ini,otak mula berputar,teringat kembali kata-kata Nabi SAW, Sabdanya “Kalau ingin tahu perangai sesaorang, lihatlah siapa kawannya!“ .Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, bau harum minyak itu akan terpalit jua, berbau harumlah ia..Begitulah juga akan terjadi bila berkawan dengan yang berperangai di sebaliknya.

Dalam Al-Quraan, surah Al-Imran ayat 159,Allah berfirman,
“Maka Disebabkan Rahmat Allah, Kamu Berlaku Lemah Lembut Terhadap Mereka. Sekiranya kamu bersikap keras Lagi Berhati Kasar, Tentulah Mereka menjauhkan Diri Daripada Sekeliling Kamu.”

Pokoknya, tiada siapa yang akan suka berkomunikasi dengan mereka-mereka yang bercakap kasar dan garang. Adakah sesiapa yang suka berkawan dan berkomunikasi dengan manusia yang berstatus gila?

Sebagai seorang kawan atau ibu-bapa,dalam diri masing-masing perlu pandai mengunakan kaedah kad PAC dalam berkomunikasi.Kad boleh berputar mengikut berbagai variasi mengikut keadaan atau situasi.

PARENT-P.
Bertindak sebagai ibu-bapa atau pihak berkuasa.Selain ibu-bapa ,guru dan majikan berstatus begini.Mereka ini biasanya membuat peraturan atau disiplin atau undang-undang atau pengawal tentang hidup;mana yang boleh, tidak boleh,Mana yang baik dan yang buruk,yang wajib dan yang harus.Mereka menentukan had, menjaga tradisi, menghukum,memberi nasihat dan bimbingan ,mengawal dan mengeritik.

ADULT_A.
Berfikiran secara orang dewasa setelah melalui berbagai pengalaman dan fakta-fakta yang diperolehi.Biasanya akan mengutamakan yang betul dan berguna sahaja.Dapat membantu pemilihan terbaik, dapat merancang langkah-langkah dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan konflik

CHILD-C
Berperangai seperti kanak-kanak.Suka bermain,mempunyai sifat penyayang,kelembutan dan kadang-kadang aggresif,kasar dan spontan.

Friday, September 21, 2007

Di mana Di Kau ?


Lihat sekeliling, pandang kedepan, renung jauh…..jauh….. Apa yang difikirkan..Andai . lidah tak dibasahi dengan kalimah Allah subhanallah, Alhamdulillah,Allah Huakbar…..fikiran akan kosong,…..kosong.Bahaya mengelamun begitu. Penuhi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Buat apa yang patut.Maksud kerja,…bukan setakat kerja di pejabat sahaja. Difinasi kerja yang dimaksudkan ialah melakukan apa jua aktivitas didepan mata yang belum beres. Jika kerja di kebun,lihat rumput panjang, -tebas. Ada tanah kosong,-tanam pokok.Tanah kering,- siram air.Begitu juga situasi disekeliling rumah ,mengerti apa yang harus dilakukan.Apabila sekeliling rumah bersepah,- menyapu.Banyak rumput dihalaman,- cabut rumput-rumput tu…Pokok bunga menjalar,-trim pokok tu…Kerja rumah?...banyak.Tiada makanan,buka petisejuk,lihat apa yang ada,- masak.Kain berlonggok dalam baldi,…angkat ke mesin basuh,-basuh.Lantai melekit,- mop.Pinggan mangkuk bersepah,-susun.Pinggan tidak berbasuh dalam sink,-basuh.Pendik kata, buat apa yang kita rasa seronok atau suka.Jika mahukan rumah yang cantik? belajar berkemas luar dan dalam.Itulah istilah..”reti buat kerja”.Kerja tanpa disuruh.Buat tanpa di minta.

Yang tak reti buat kerja… kekadang boleh di lebelkan sebagai “otak kosong” ,orang yang tak ada perasaan.Orang yang tak ada wawasan.Orang yang tak kreatif. Ubat yang paling mujarab ialah kerapkan diri solat berjemaah di surau atau masjid. Lepas solat jangan balik terus..bersembang-sembanglah dengan para jemaah .Cerita yang baik, jadikan teladan .Melalui cerita dan pengalaman orang,boleh membuka minda kita menyelami ,merasai penderitaan dan perasaan orang lain.Bagaimanakah struggle nya mereka untuk menjadi insan terbaik ?.Bagaimanakah cara untuk membangunkan keluarga, membentuk keluarga menjadi muslim sejati?. so lets join them and got the knowledge.

Menyendiri ,tak bergaul dengan dunia luar,yang akhirnya membawa akhibat tidak tahu langsung bagaimana hebatnya dunia luar, cabaran hidup. ….lama-kelamaan menjadi insan " syok sendiri ". Akan mudah rasa bosan atau fed up..kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan, confuse dalam hidup ini.Asyik dengan schedule sendiri,melihat tv, menonton video,layari Internet.. antaranya game . Bila mula asyik, mula pandai menangguh-nangguh kerja.. menanguh-nangguhkan solat.. … malah menangguh waktu tidur.. Do you realise that you’re utterly alone and feel isolated? Bored?. Do you realised that you need help… ask yourself what should you do… to whom should you seek advice? .The good advisers, of course your mum and dad.Revise your schedule, kaji pelan pembangunan diri… dan perlu tidur awal untuk jaga kesihatan. Kata pepatah “If you not getting anywhere so better you go somewhere”

In our life, feeling isolated and bored is among the sign that we are having a problem. The lack of intellectual stimulation and exchange ideas make you stagnant. This syndrome is dangerous and will slow down your activities, talk to real people, lively people. Let see this story that I read from the book. Let assume we want to climb the mountain. The question is which mountains you want to climb? How to reach the mountain? Do research, Learn from someone who has been there before. How Dangers are there? Seen from close the landscape changes, be prepared to go the extra mile, be joyful when you reach the top.

Thursday, August 23, 2007

Tahap Tekanan Perasaan Anda






Adakah anda menghadapi gangguan fikiran ?.
Adakah anda menghadapi gangguan tidur?
Menghadapi masaalah peribadi ?
Duduk sejenak, pejamkan mata anda nilai semula ,
Apa yang anda telah lakukan sepanjang hari ini,
semak semula setiap langkah demi langkah dan berikan gred secara jujur untuk diri anda.
Buat penyelesaian dan tanamkan sikap sentiasa buat pekara terbaik.
Andainya telah terjadi pekara yang tak baik, cuba nilai bagaimana kes ini terjadi ,
Jadikan pekara ini sebagai iktibar diri.Jangan ulangi ……..
Ahli motivasi selalu meyarankan , jika susah tidur (keep count),
Bayangkan kambing masuk kandang….
Satu … .Dua……Tiga……Empat…..sehingga tertidur.






Tip.
1.Jika bermasaalah banyakkan membaca Istifar dan tahmid .
Puji kebesaran tuhan, setiap musibah adalah dugaan.
2. Baca, SubhanaAllah, WalhamduLillah WalaillahhaillaAllah, WaAllahhuakbar.
Amalkan membaca , basahi bibir sepanjang waktu.
Ubat mujarab melenakan tidur.
Allah akan memberi rahmat , dari bumi hingga kelangit.

 


Wednesday, August 22, 2007

Test Your Image --Pandangan Orang terhadap Anda.




 Bagaimana Ye?
Click di sini !



 Bagaimana perwatakan anda.
Apa pandangan dari kaca mata lelaki terhadap anda
Pelajari lah semoga anda dapat merubah diri menjadi yang terbaik.
Segala perubahan perlukan ilmu.
Mari kita kongsi bersama.
Semoga Berjaya.

Tip.
1.Paling bahagia bila diri kita disayangi oleh semua orang.
2.Ikut petua orang tua, untuk mencari teman, “Carilah orang yang meyayangi kita.”



Tuesday, August 21, 2007

Test Your Career --Kerjaya Yang Sesuai Untuk Anda

-







 
 


Ketahuilah perkerjaan yang bersesuaian dengan anda…
Adakah anda sesuai sebagai ahli politik, ahli perniagaan, atau sebagai ahli pendidik?
Layakkah anda untuk menjadi seorang Jurutera, Doktor dan sebagainya..
Nilaikan keperibadian dan perkerjaan.

Pekerjaan yang tidak bersesuaian dengan anda tentu agak membosankan.
Terjadi lah sikap “ lompat kerja” …..
Untuk kenaikan pangkat tidak menjadi masaalah tetapi jika aysik
bertukar-tukar kerja tentu menjadi masaalah lantaran tiada kerja selepas berhenti kerja..

Tip.
1.Perkerjaan yang paling mulia adalah berniaga. Nabi dulu berniaga.
Zaman serba Canggih.. Era baru ...anda tidak perlu  pergi menjual........menjaja kesana kemari.
.Dunia serba canggih ,Melalui  Internet  , berhubung dengan kenalan,berikan  sedikit info ,... maka  berlakulah  pertukaran barang dan wang ... DISINI DIKATAKAN JUALAN
( NIAGA)
Mudah  Bukan?

2,Untuk mulakan perniagaan carilah perniagaan yang  memang boleh menjana pendapatan yang pantas .PERNIAGAAN SUPERMARKET ONLINE Mall   adalah salah satu bidang perniagaan yang memberi keadilan , telus, tidak menindas dan memenuhi syarak.Anda tidak menjual, tetapi anda di beri kuasa mempromosikan kedai anda dan anda di berikan keuntungan
 70% dari keseluruhan keuntungan syarikat  dari seluruh dunia.
 
Tanpa ada yuran penyertaan dan tampa bermodal besar anda di bekalkan sistem canggih online, tanpa perlu pos barang UNTUK MEMBINA PENDAPATAN. .ANDA TENTU AKAN GEMBIRA DAN  bebas masaalah kewangan .Di dokan anda dapat mengampai impian yang di hajatkan.SYABAS!!

3.Apabila anda SIGN UP (DAFTAR)  borang , anda akan diberikan ID Number.Anda adalah pencorak masa depan anda ....
.Hanya bermodalkan sedikit wang untuk membeli barang keperluan anda sendiri di mall anda ,,,anda sudah boleh  memulakan perniagaan  ......
Tiada konsep No Money. No Skill  ,untuk berbussines.

Iman tak boleh Di Warisi.... tapi ber Bussines boleh di Pelajari.dan konsep biz ini boleh DIWARISI SEHINGGA TIGA GENERASI 
 
Moga Anda Berjaya
Perniagaan yang disyorkan ini tidak bermodal ber JUTA tetapi memperoleh pendapatan BERJUTA JIKA ANDA TERUS BERUSAHA
Modal kecil Pendapatan besar 
 

DIMANA ADA USAHA DISITU ADA KEJAYAAN.
ORANG BERJAYA MENYAHUT CABARAN'
ORANG GAGAL SENTIASA MEMBERI ALASAN.

" Orang yang cermelang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi .,Orang yang tidak cemerlang pula  menganggap  setiap halangan  sebagai alasan yang meyebabkan kemunduranya."

KEJAYAAN ADALAH TANGGA YANG TIDAK  DAPAT ANDA PANJAT  DENGAN TANGAN DI DALAM KOCEK

Tapi yang Paling best  INCOME tanpa sempadan .
ANDA  TIDAK MENJUAL PRODUK ...KITA SHARE KEBAIKAN PRODUK

Sunday, August 19, 2007

Dunia Teknologi, Canggih Dan Modern




Era dalam Dunia Baru, Dunia Maju ,Dunia Globalisasi,Segala-galanya kearah corak baru. Corak lama kian luntur ditelan waktu.
Dunia Pembelajaran jauh permodenan . Sekarang telah digunakan system pembelajaran berkomputer, Kelas berhawa dingin.Pembelajaran disentuh kerana dari situ terdapatnya bidang ilmuan yang dituntut, Orang yang mulia adalah mereka yang berilmu. Ilmu yang baik dituntut akan menjana keperibadian yang baik dan menjamin kestabilan ekonomi empunya diri.

Begitu banyak teknoloji canggih digunakan dalam segala hal dalam era baru. Memudahkan.Meyenangkan.Talipon bimbit mengatasi talipon zaman lama yang statik. Komputer Riba mengantikan computer lama yang berat nak dibawa. Lihat dan perhati.
Tidak ketinggalan, gaya diri dan persekitaran penempatan modern semuanya gaya baru,


Jika kita masih ditahap lama kita akan di cop sebagai “ Out of date” .Ketinggalan zaman, kuno, Kuala dan sebagainya .
Hanya Al Quraan dan Hadis tetap jitu, Tetap unggul, Tetap statik begitu. Walau berapa kali perubahan zaman ,ia tetap satu, begitu. Itulah Ke Agongan. Ke Esaan.


Tip.
1.Rujuklah kembali dalam melakukan apa-apa perubahan agar menepati garis lurus yang diberikan panduan.

Friday, August 17, 2007

Biar Jadi Lilin Kalau Itu Kehendak Mu.


Biar ku menjadi lilin…….,Memberikan cahaya,
Terangi sekeliling , dengan diri terbakar……
Tak seorang yang sedar.
Aku senang begini dapat terus berbakti dengan cara sendiri,



Biar masa berlari……..,Dan kau terus mendaki,
Aku tenang disini,…Dengan sabar menanti,tanpa dendam dan benci,
Andai kau terluka dan tersungkur,……. ku rawat biar sembuh.

Aku tak kan bertanya…….Apakah nanti balasan nya,
Setiap pemberian….., setiap pengorbanan……., Demi satu ikatan,
Keikhlasan di hati…Walau sering kau ragui,
Nanti disatu masa dan di satu ketika akan ketara jua.

Pengorbanan, terlalu luas untuk diungkapkan,
Pengorbanan seorang Ibu kepada anaknya,
Seorang bapa kepada keluarganya,…macam-macam…

Cantiknya lirik lagu ini, mungkin pengubah bermaksud lain, tapi sudah tentunya ia ingin menceritakan pasal pengorbanan.Macam lilin, dia terbakar, Hangus jadi debu. Orang yang yang di terangi gembira kerana dapat sinar cahaya. Bebas dari cengkaman kegelapan.Sikap begini memang bagus, tidak bersikap mementingkan diri…..Tapi jangan lah jadi lilin yang membakar.Habis punah semua di makan api. Orang jadi menderita kerana tiada lagi tempat berlindung.

Dalam dunia ini, semua benda atau perkara mempunyai pasanagan. Baik, Bagus, Cantik dan sempurna lawannya buruk. Jadi pilihlah mana satu pilihan hati. Ingin menjadi terbaik dalam segala hal lakukan lah segala amalan yang baik-baik.

Ungkap pasal lilin, ...Cerita anak muda.

A,sangat suka kepada B Tetapi A tidak pasti perasaan B terhadapnya, maklumlah mereka sama-sama sekuliah. Oleh kerana suka sangat kat B ni, A akan meneliti setiap apa yang orang ceritakan pasal B.Melihat, Mendengar dan lihat tingkah laku B….memang A pasti, B hanyalah sekadar kawan biasa sekuliah kerana tidak ada riak something special towards A.

A,mengikut kehendak keluarga untuk berkahwin dengan C.Alasan keluarga kerana ramai yang bertanya sejak lepasan sekolah menengah hinggalah keperingkat University dan bimbang akan keselamatan A.A akur dengan pilihan keluarga lantaran tidak dapat meyakinkan keluarga dengan kehadiran B.Hati A tidak setuju, ia terpaksa berkorban perasaan nya,sedih dalam diam tapi pasrah.Hanya itulah ceritanya, kita rasa ini hanya cerita biasa,tapi dari riak wajah A kita dapat tahu bahawa memang A sukakan B tetapi terpaksa akur kerana A mendapat tahu bahawa B sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Amat meyedihkan A bila B mecurahkan isi hatinya kepada A,tetapi telah terlambat. Sekali lagi fikiran A berperang,mengikut kehendak keluarga atau perasaanya.A tetap mahu meyakinkan keluarga tetapi sekali lagi kecewa kerana mendapat tahu B telah mencurahkan hatinya kepada teman sekuliahnya.


Tip.
1.Yang terbaik,Apa yang telah terjadi teruskan,jangan pandang belakang,pandang kedepan.

2.Terapinya...Kalau suka katakana suka ,..

Thursday, August 16, 2007

Nilai Keindahan Hakiki.


Keindahan Alam sungguh mengasikkan. melihat air yang mengalir terasa relex minda sekejap. Kadang-kadang terfikir pula, betapa kejam nya diri ini kerana tidak memberi peluang diri di olek oleh suasana nyaman begini lantaran terkejar -kejar dengan aktiviti yang tak pernah habis , tak pernah henti...
Betapa indahnya ciptaan Tuhan .....Nyaman Suasana Mengusik Rasa

Segala yang baik adalah dari Allah, Yang buruk adalah dari diri kita sendiri.....
Merungkai minda terasa rendahnya diri. Siapakah kita?
Tetapi.....
Kenapakah kita masih melanggar dan tidak mematuhi suruhan Nya sebaik mugkin.
Yelah...macam waktu sekolah dulu....berlumba-lumba untuk dapat nombor satu dalam kelas.
Usahanya begitu gigih..


Tip.
1.Tanamkan cita-cita .......
SAYA ORANG BARU