Translate to your language

Showing posts with label kisah Cinta Sejati. Show all posts
Showing posts with label kisah Cinta Sejati. Show all posts

Wednesday, June 25, 2008

Adakah Ini Kebenaran


Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yang kian bertambah,sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa Cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.Amat payah.

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas , sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Apabila timbul orang ketiga,dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.

Sunday, September 30, 2007

Cinta Mewangi Selamanya.


Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yg kian bertambah,
sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri .Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama.Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta.satu misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.


__________________________________________________________________________________
Note-
Wahai hati, sedarilah hidup ini,ia akan pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah ,dan pelajarilah apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya.

AyatAn-Nisa: 34. “Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”.Ikutlah ajaran yang digariskan oleh ALLah ,hidup akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Sedarlah Cinta itu kurnian Tuhan,hargailah, ,hayatilah kerana dengan ada Cinta hidup lebih bermakna.Sedarilah, "Bercinta tidak semestinya hidup bersama.".Dengan ada Cinta keazaman akan menjadi lebih kental untuk menjadi manusia yg gemilang lagi cemerlang.