Maju dalam dunia Globalisasi,Perubahan diri boleh dilakukan ,Teruskan usaha kearah itu .Sangat mudah; Anda Pasti akan berjaya .Cubalah..... It's so easy" Yeah it's easy .." but really, is there any truth in that anyway?...continue surfing.
Translate to your language
Tuesday, September 25, 2007
Dewasa Bukan Bererti Matang
Kelmarin mengikuti kursus keibu-bapaan.Dah jadi mak dan bapak memang patut ikut kursus kerana ilmu mesti dicari.”Orang tua banyak makan garam.” Memang betul tapi kalau banyak makan garam kimia bukan asli lantaran kurang ilmu…itulah jadinya,”penyakit darah tinggi.” Orang yang kena penyakit ini biasanya garang-garang belaka.Dewasa bukan bererti matang. Matang hanya akan diperolehi melalui ilmu.
Suasa petang yang santai,penceramah tu mengajar kaedah berkomunikasi antara anak dan ibu-bapa .Difahamkan kaedah ini berguna juga untuk berinteraksi dalam apa jua keadaan.Terima kasih kerana tunjuk ajar.
Katanya, Dr.Eric Berne berpendapat manusia mempunyai kebolehan untuk mengubah perangai dan tingkah laku semulajadinya (perangai asal),apabila terdapat perhubungan antara manusia. Hubungan ini akan dapat menyelesaikan masaalah keindividuan dan juga dapat memperbaiki perhubungan antara satu dengan yang lain.Mendengar ceramah ini,otak mula berputar,teringat kembali kata-kata Nabi SAW, Sabdanya “Kalau ingin tahu perangai sesaorang, lihatlah siapa kawannya!“ .Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, bau harum minyak itu akan terpalit jua, berbau harumlah ia..Begitulah juga akan terjadi bila berkawan dengan yang berperangai di sebaliknya.
Dalam Al-Quraan, surah Al-Imran ayat 159,Allah berfirman,
“Maka Disebabkan Rahmat Allah, Kamu Berlaku Lemah Lembut Terhadap Mereka. Sekiranya kamu bersikap keras Lagi Berhati Kasar, Tentulah Mereka menjauhkan Diri Daripada Sekeliling Kamu.”
Pokoknya, tiada siapa yang akan suka berkomunikasi dengan mereka-mereka yang bercakap kasar dan garang. Adakah sesiapa yang suka berkawan dan berkomunikasi dengan manusia yang berstatus gila?
Sebagai seorang kawan atau ibu-bapa,dalam diri masing-masing perlu pandai mengunakan kaedah kad PAC dalam berkomunikasi.Kad boleh berputar mengikut berbagai variasi mengikut keadaan atau situasi.
PARENT-P.
Bertindak sebagai ibu-bapa atau pihak berkuasa.Selain ibu-bapa ,guru dan majikan berstatus begini.Mereka ini biasanya membuat peraturan atau disiplin atau undang-undang atau pengawal tentang hidup;mana yang boleh, tidak boleh,Mana yang baik dan yang buruk,yang wajib dan yang harus.Mereka menentukan had, menjaga tradisi, menghukum,memberi nasihat dan bimbingan ,mengawal dan mengeritik.
ADULT_A.
Berfikiran secara orang dewasa setelah melalui berbagai pengalaman dan fakta-fakta yang diperolehi.Biasanya akan mengutamakan yang betul dan berguna sahaja.Dapat membantu pemilihan terbaik, dapat merancang langkah-langkah dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan konflik
CHILD-C
Berperangai seperti kanak-kanak.Suka bermain,mempunyai sifat penyayang,kelembutan dan kadang-kadang aggresif,kasar dan spontan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment