Translate to your language

Showing posts with label Membawa Berkat. Show all posts
Showing posts with label Membawa Berkat. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Benarkah Pendapat Pendapatan MLM..itu .halal ?????

PENDAPATAN MELALUI MLM
Soalan; Apakah hukum bagi pendapatan yang diperolehi hasil daripada MLM. Ia diniagakan dengan cara yang halal, produk yang halal tetapi menggunakan sistem piramid? Yang mana seseorang itu mendapat pendapatan melalui usaha orang yang berada di bawahnya?

Jawapan;



MLM sebagaimana juga sistem perbankan, saham, insurans dan sebagainya lagi dari muamalah-muamalah baru yang wujud hari ini, tidak boleh kita hukum sebagai haram secara borong kerana hukum asal bagi segala muamalah duniawi adalah harus hinggalah kita dapat membuktikan sebaliknya. Para ulamak menjelaskan; “Hukum asal bagi segala mu’amalah di dalam Islam adalah harus hinggalah ada dalil menunjukkan kepada pengharamannya” 
(Majmu’ al-Fatawa (Ibnu Tamiyyah) (28/386), al-Fawaid al-Bahiyyah (m.s. 115), al-Jawahir al-Mudhiah (2/519-520)).




Tatkala Rasulullah tiba di Madinah (selepas peristiwa hijrah) baginda mendapati penduduk Madinah biasa bermu’amalah dengan satu sistem perniagaan yang diberi nama as-Salam (yakni jual-beli secara tempahan). Baginda tidak melarangnya (dengan alasan ia bukan berasal dari Islam), sebaliknya baginda memberi garis panduan kepada mereka yang ingin menggunakannya (agar mu’amalah itu berjalan tanpa melanggari Syariat) dengan sabda baginda;

مَنْ أَسْلَفَ فِي تَمْرٍ، فَلْيُسْلِفْ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إلَىَ أَجَلٍ مَعْلُومٍ
“Sesiapa ingin melakukan akad tempahan, hendaklah ia melakukan akad dengan sukatan yang diketahui, dengan timbangan yang diketahui dan dengan tempoh yang diketahui.
(Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lafaz adalah dari Muslim).


Darul-Ifta’ (Majlis Fatwa) Mesir (yang diketuai oleh Muftinya Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah) dalam fatwanya tahun 2007 telah memutuskan tentang MLM sebagaimana berikut;

1. MLM adalah satu bentuk akad baru yang menggabungkan dua akad, iaitu;
a) Akad jual-beli; iaitu akad jual-beli antara Syarikat dan pembeli yang bakal menjadi pengedarnya dengan memenuhi syarat-syarat tambahan (yang ditetapkan oleh Syarikat).
b) Akad al-Ju’alah (yakni akad pemberian yang diikat dengan suatu kerja/peranan); di mana al-Ja’il (yakni orang yang menawarkan pemberian) adalah Syarikat, al-Maj’ul lahu (yakni orang yang ditawarkan pemberian kepadanya) ialah pengedar-pengedarnya, al-‘Amal (yakni kerja/peranan yang menjadi syarat untuk mendapat pemberian) ialah menjalankan pemasaran/penjualan produk dan mendatangkan pembeli/pengedar baru untuk syarikat dan al-Ju’l (yakni pemberian) ialah hadiah/bonus mengikut peratus tertentu kepada harga barangan/produk.

2. Di antara prinsip-prinsip am bagi muamalah Islam ialah;
a) Jujur dan amanah; iaitu pihak Syarikat dan para pengedarnya hendaklah sentiasa jujur dalam menerangkan ciri-ciri produk/barangan yang dijual kepada pengguna.
b) Muamalah hendaklah bebas dari sebarang bentuk penganiayaan; oleh itu diharamkan menjual produk/barangan yang tiada sebarang faedah kepada pengguna/pembeli kerana ia termasuk dalam memakan harta orang lain secara batil dan merupakan pembohongan dan penipuan. Apatahlagi jika yang dijual adalah produk yang mendatangkan mudarat, maka ia lebih-lebih lagi diharamkan.

c) Muamalah juga hendaklah bebas dari gharar, riba dan juga pertaruhan/perjudian. 

d) Khusus bagi akad jual-beli, disyaratkan;
i) Barangan/produk yang dijual hendaklah wujud semasa akad, diketahui oleh kedua pihak yang berakad, merupakan harta yang diakui oleh Syarak, dimiliki oleh penjual dan mampu diserah. 
ii) Bagi sighah (pernyataan akad); hendaklah lahir (dari dua pihak yang berakad) tanda atau reaksi mereka yang menunjukkan persetujuan untuk melakukan akad dan memberi milik kepada pihak lain dengan mendapat tukaran.
iii) Bagi dua pihak yang berakad; disyaratkan mereka hendaklah mempunyai keahlian untuk menjalankan akad, redha/bersetuju dengan akad yang dijalankan dan memiliki kuasa ke atas barang yang diakadkan sama ada sebagai pemiliknya atau wakil kepada pemilik.

e) Khusus bagi akad al-Ju’alah pula, disyaratkan;
i) Orang yang menawarkan al-ju’l (pemberian/bonus); ia hendaklah membuat penawaran dengan pilihan sendiri (tanpa dipaksa) dan memiliki hak terhadap pemberian tersebut.
ii) Orang yang berkerja/berperanan untuk mendapat pemberian tersebut; ia hendaklah seorang yang mampu untuk melakukan kerja/peranan yang menjadi syarat kepada pemberian tersebut.
iii) al-Ju’l (pemberian/bonus) yang ditawarkan; hendaklah ia diketahui (yakni bukan suatu yang majhul atau samar-samar), bersih dan halal, mampu diserahkan dan dimiliki oleh al-Ja’il (orang yang menawarkan pemberian/bonus).

f) Telah menjadi ketetapan dalam Qawaid Syarak (prinsip-prinsip Syariat Islam) bahawa hukum asal bagi segala muamalat –mengikut Islam- adalah harus. Segala muamalah yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya sebagai haram tidaklah ia haram. 

g) Setelah membuat penjelasan (yang diringkaskan) di atas, Majlis Fatwa Mesir menegaskan; “Berdasarkan keterangan yang lalu, kami berpandangan tidak ada sebarang tegahan untuk menjalankan muamalah tersebut (yakni MLM) dan tidak ada tegahan juga untuk memberi (hadiah/bonus) dengan peratusan tertentu kepada seorang yang ia telah menjadi sebab kepada pengedaran (barang/produk) sekalipun secara tidak langsung kerana sebab yang melayakkannya untuk mendapat hadiah/bonus masih kekal dan itu mencukupi untuk mengharuskan pemberian (hadiah/bonus) kepadanya”. (Ulasan saya; apa yang ingin dijelaskan oleh fatwa di atas ialah; Tidak ada larangan (dari Syarak) untuk syarikat memberi bonus kepada pengedarnya dengan persen dari belian oleh pembeli-pembeli di bawahnya sekalipun belian itu bukan melaluinya akan tetapi melalui orang-orang yang didatangkannya (kepada syarikat). Ini kerana sebab/faktor (yang melayakkannya mendapat bonus) masih kekal dan dengan kekalnya sebab/faktor itu mencukupi (untuk ia terus diberi bonus oleh syarikat). Tidak ada dalam qaedah-qaedah Syariat yang menghalang syarikat untuk memberi bonus kepadanya. Malah bonus itu boleh menjadi pendorong kepadanya untuk terus membantu ahli-ahli di bawahnya sehingga perolehan mereka 

menjadi semakin besar).





Tidak mustahil ramai yang terkeliru antara MLM dan Money Game berpunca dari terdapatnya syarikat yang menjalankan Money Game tetapi berselindung disebalik MLM. Di bawah ini saya turunkan dua perbezaan asas antara MLM dan Money Game/Skim Piramid;

1. MLM ialah pemasaran dengan system jualan lansung dari pengeluar produk (syarikat) ke pengguna melalui multi (banyak) level (tingkat) jaringan. Jadi, inti MLM ialah pada kata “marketing” (pemasaran) bukan multi levelnya. Adapun money game intinya ialah game (permainan wang). Ia sama sekali tidak masuk dalam kategori marketing (pemasaran). 

2. Dalam MLM, keuntungan atau hasil yang bakal diperolehi para pengedar (atas nama bonus, insentif atau sebagainya) bergantung kepada jumlah produk yang berjaya dijual kepada pengguna melalui kerja dan peranan yang dimainkan oleh para pengedar. Adapun dalam money game, keuntungan ditentukan oleh sejauh mana orang yang terbabit berjaya merekrut orang lain yang memasukkan sejumlah wang hingga terbentuk satu format pyramid. Kesimpulannya, keuntungan dalam MLM diperolehi dari usaha penjualan produk, adapun dalam money game atau skim pyramid ia diperolehi dari merekrut orang sahaja. 




 Jualan Langsung (MLM) bermaksud sebagai pemasaran produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan cara bersemuka, biasanya di rumah mereka atau di rumah orang lain, di tempat kerja atau tempat lain dan biasanya jauh dari tempat tetap perniagaan barang runcit (kedai, pasaraya. dll), lazimnya melalui penerangan ataupun demonstrasi oleh pengedar bebas Jualan Langsung.Tun Mahathir menjemput mereka yang menganggur dan tenaga yang tidak digunakan sepenuhnya di tempat kerja melibatkan diri di dalam industri MLM untuk maju demi mencapai Wawasan 2020.




Peringatan penting untuk di ketahui umum ialah ganjaran berbilang tingkat  yang diperolehi melalui syarikat Jualan Langsung menurut undang undang adalah ganjaran yang datang terutamanya dari jualan produk dan perkhidmatan kepada ramai pelanggan dan pengguna dan bukan dengan tatacara penajaan semata semata. Pelanggan atau pengguna termasuk pengedar bebas itu sendiri yang menggunakan untuk dirinya sendiri atau keluarga pada harga yang bersesuaian dan membeli produk tersebut pada masa yang lazimnya digunakan oleh orang lain.
 

 
 


 Money Game/Skim Piramid yang berselindung di sebalik MLM

Banyak syarikat yang menjalankan Money Game atau Skim Piramid tetapi berselindung di sebalik MLM menyebabkan orang ramai yang pernah ditipu oleh Skim Piramid dan Money Game menganggap MLM sama saja dengan Money Game/Skim Piramid. Mereka mengisytiharkan perniagaan secara MLM, tetapi sebenarnya yang mereka jalankan ialah permainan wang (money game)  





MLM yang menepati Syariat
 Jualan Langsung melalui ganjaran berbilang tingkat membawa faedah yang penting kepada pasaran. Ianya memberi peluang tak terkira jumlahnya kepada individu yang tiada peluang di prasarana pekerjaan atau mereka yang tidak digunakan sepenuhnya oleh pasaran pekerjaan. Ini adalah kaedah yang mudah dan tidak mahal bagi individu untuk belajar asas perniagaan dan pengurusan. Ianya memberi latihan secara praktikal kepada setiap individu jadual yang fleksibel dan makna sebenar pendapatan tambahan individu terbabit. Tambahan pula, ianya menjadikan syarikat  perniagaan itu unik atau produk innovatif atau perkhidmatan itu kepada pasaran tanpa melibatkan perbelanjaan yang terlalu mahal untuk pengiklanan pemasaran dan tidak perlu untuk bersaing tempat di dalam rak yang terdapat di kedai atau pasaraya  khususnya.
Kepada pembaca yang berminat untuk menyertai MLM, pastikan MLM yang ingin anda ceburi memiliki ciri-ciri berikut;
1. Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari Syubhah.

2. Akad antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.

3. Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual-beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum Fiqh.

4. Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).

5. Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barangan/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk.

6. Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati Syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi).

7. Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pengedar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.

8. Struktur pengurusan Syarikat hendaklah memiliki Jawatankuasa Pengawasan Syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.

9. Bonus yang diberikan hendaklah di ambil dari keuntungan jualan (produk) dan/atau sumbangan syarikat yang berdasarkan kepada perniagaan yang bersih dan memenuhi ciri-ciri di atas khususnya dari sudut status produk dan juga harga. 

10. Pemberian bonus itu hendaklah berdasarkan prinsip “Perkongsian Untung” antara syarikat dan orang-orang yang menyumbang kepada syarikat. 

11. Pemberian bonus hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang diharuskan oleh Syariat iaitu atas dasar Hibah, komisyen Simsarah, Ijarah (upah), al-Ju’alah atau sebagainya.
 


Apabila MLM yang disertai adalah MLM yang menepati prinsip-prinsip Mu’amalah Syariah dan bebas dari sebarang unsur yang ditegah Syarak dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan (gharar, riba, dzulm, penipuan dan sebagainya), pendapatan yang diperolehi darinya sama ada dalam bentuk bonus, hadiah, insentif dan sebagainya adalah halal.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan 

Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.




Harap semua berpuas hati...Pendikata sama seperti perniagaan topup, siapa yang berusaha dia dapat lebih .. .OLEH ITU PENDAPATAN MLM YANG ANDA JALANKAN HUKUMNYA HALAL. Wallahu a’lam.




 Paling best  INCOME tanpa sempadan .
DI SINI KITA HANYA SHARE KEBAIKAN PRODUK
TANPA MENJUAL




Monday, February 3, 2014

Fenomena Hutang dan Keburukannya



Aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, Ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI dan dikejar oleh incometax Inilah satu fenomena kurang sihat  berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
 

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Hutang .... memang kita kadang-kadang  tiada pilihan. tetapi kita mestilah juga bersedia dengan risiko dan tanggungjawab yang ujud akibat berhutang. Tugas serta tanggungjawab tersebut MESTI jelas.


Kedua  wajarlah kita mendidik anak-anak (perwaris) yang layak agar mereka tidak berada di dalam keadaan "teraba-raba". Akhirnya diri sendiri yg menanggung rugi. Hendakkah kita berada didalam keadaan "terggantung"?
Oleh itu bertindak bijaklah didalam perkara ini.

The best option adalah:
a. Secara 'merisik-risik' ... tanya Ayah/Ibu hutang-hutang mereka baik yang  nyata ( eg . pinjaman rumah dll)  mahupun yg dirahsiakan.(hutang dengan orang sana sini) ....matlamat pokok adalah sebagai mengumpul data.
b. Nanti sekiranya ada apa peningalan harta puaska mereka kita , MESTI selesaikan hutang2 tesebut. Itulah satu-satunya bantuan terakhir buat kedua-dua ayah dan Ibu kita supaya mereka tidak berkeadaan "terggantung".
c. Bagi geleran kita pula .... ajar anak2 yg berwajib, proces tersebut. Bagi kita yg dah tahu serta faham , selesaikan sendiri agar tidak membebankan anak-anak pula.
Dengan demikian kita dapat mendidik satu generasi baru yang lebih berkualiti.  

Semuga kita dapat iktibar dan hidayah. 

Wednesday, January 29, 2014

Alangkah Bahagianya Di Sana !

Alangkah bahagianya jika kita dapat  menutup aurat . Perintah menutut aurat di nyatakan dengan jelas serta terang didalam Quran. Yang menjadi persoalan sabenarnya ... ... Bagaimanakah kedudukan kepercayaan kita terhadap Al-quran itu sendiri? 

Apa terjadi sekiranya kita menolak/menafikan satu sahaja ayat Al-Quran bagaimana  akidah /kepercayaan agama kita?  Itulah perkara pokoknya..Lepas tamat persekolahan tak belajar lagi ilmu agama. Tak pernah kita update ilmu tersebut. Ramai yang sebenarnya berhenti belajar agama. Kecualilah mereka-mereka yang ikuiti kelas-kelas dewasa di masjid/surau..

Ketahuilah bahawa sebarang peringatan Nabi Muhammmad saw jangan sentiasa di pandang mudah serta ringgan. . Asas kepercayaang itu sendiri tergugat. Yang paling rugi hanyanya kita sendiri.



  

Ingatlah bahawa manusia tiada berhak untuk memberi hukum kecuali Allah. Penegasan Allah didalam Al-Quran:
1. Surah Ali Imran ayat 85 .."Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, dia tidak akan di terima dan diakhirat dia termasuk orang yang rugi"
2. Ali Imran ayat 100 .."Wahai orang yang beriman, Jika kamu mengikuti sebahagaian dari orang yang diberkitab niscaya mereka akan mengembaliikan kamu menjadi orang kafir setelah beriman" Persoalan nya? Ssiapakah orang yang diber kitab?  .. Yang popular Nasarani dan Yahudi....
Nabi Muhammad saw pernah bersabda "Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai PERCANGGAHAN yang banyak, mereka menghadapi difitnah/kena fitnah. .Kesabaran dan keteguhan perlu  untuk menyelamatkan agama selari dengan ajaran  Al Quran yang di bawa olen nabi kita Muhammmad SAW
Kita bagaimana?
Mari kita amalkan doa ini..."Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku /anak/cucu yang mana ia merupakan penjagaku. Perbaikilah duniaku yang mana didalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang mana didalamnya terdapat tempat kembaliku . Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikan matiku sebagai istirehat untukku dari segala keburukan". 


Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal)  Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-Isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?
*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci/junub , haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka  karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan
muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia  shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."



Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Tuesday, September 6, 2011

Apakah Yang Di katakan Wanita Solehah


1. Mencintai Allah dan Rasul
Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis qudsi: “hamba-ku yang mendekatkan diri kepada-ku dengan melakukan amalan fardu lebih aku cintai. Sentiasalah hamba-ku berterusan menghampiriku dengan melakukan amalan sunat sehingga aku mengasihinya. Apabila aku mengasihinya, jadilah aku pendengarnya yang dia mendengar dengannya, penglihatan yang dia melihat dengannya, tangan yang dia memukul dengannya dan kaki yang dia berjalan dengannya, kalau dia meminta kepadaku, pasti aku akan memberinya dan kalau dia memohon perlindunganku, pasti aku akan melindunginya” Riwayat al-Bukhari.
Termasuk mencintai Rasulullah mengikut dan mencintai baginda dalam setiap perkara Firman Allah s.w.t :”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani”:- surah Ali Imran:31
 
2. Mentaati Ibu Bapa
Sentiasa mentaati ibu bapa dalam perkara makruf menasihati ke arah kebaikan. Jangan menderhaka kepada keduanya.
Firman Allah s.w.t “Dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa”- surah al-Israk:23
Sebelum bersuami ketaatan kepada ibu bapa adalah yang lebih utama selepas Allah dan Rasul.

 
3. Mentaati Suami Dalam Perkara Makruf
Setelah berkahwin ketaatan kepada ibu bapa berpindah kepada suami. Mentaati dalam perkara yang baik dan harus. Apabila suami menyuruh kepada maksiat tiada lagi ketaatan.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah”.-
Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya”.-Riwayat al-Tirmizi hasan sahih.
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
 
4. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.
Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Masa lapang ia perlu di isi dengan menambah pengetahuan tentang ugama sebagai bekalan untuk menghadapi ujian hidup pada masa hadapan dan membimbing keluarga ke arah kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w “Menuntut ilmu wajib ke atas setiap muslim”. Riwayat Ibn Majah Sahih oleh al-Albani dalam Sunan Ibn Majah.
Bijaksana menguruskan hal rumahtangga mendahulukan amalan yang wajib daripada yang sunat. Amalan sunat dan tanggungjawap kepada suami dan keluarga perlu didahulukan kewajipan sebagai isteri daripada amalan sunat yang lain.Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak halalbagi wanita berpuasa sedangkan suaminya ada di sisi tanpa keizinannya”.- Fath al-Bari, Kitab al-Nikah


5. Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Sebuah riwayat menceritakan : “Rasulullah s.a.w ditanya tentang sebaik-baik wanita. Baginda menjawab:Yang menyukakan kamu apabila memandangnya. Apabila disuruh, dia patuh, menjaga rahsiamu dengan baik dan menjaga harta kamu”.- Riwayat Ahmad dan selainnya dihasankan oleh al-Albani.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
6. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Wanita solehah perlu memastikan dirinya bersih , kemas dan cantik di rumah bersama suaminya. Apabila melangkah keluar rumah pakaian yang dipilih sentiasa memenuhi syarat syarak menutup aurat dengan sempurna. Dilarang memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan hingga ke pergelangan.
 
7. Menjaga batas pergaulan
Allah memerintahkan para wanita agar menundukkan pandangan ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Jika terdapat sebarang urusan, dia menjaga batasan yang sepatutnya. Ia perlu bagi mengelakan fitnah.
 
8. Bersahabat dengan wanita solehah
Seseorang itu dinilai mengikut kawan-kawan yang rapat dengannya. Jika kawan-kawanya solehah, maka dia juga memiliki sifat yang sama.
Sabda Rasulullah s.a.w : “seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu, perhatikanlah salah seorang kamu siapa kawannya”.-Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi dengan sanad yang Sahih.