Maju dalam dunia Globalisasi,Perubahan diri boleh dilakukan ,Teruskan usaha kearah itu .Sangat mudah; Anda Pasti akan berjaya .Cubalah..... It's so easy" Yeah it's easy .." but really, is there any truth in that anyway?...continue surfing.
Translate to your language
Sunday, September 30, 2007
Cinta Mewangi Selamanya.
Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yg kian bertambah,
sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..
Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri .Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama.Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.
Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta.satu misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.
Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.
__________________________________________________________________________________
Note-
Wahai hati, sedarilah hidup ini,ia akan pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah ,dan pelajarilah apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya.
AyatAn-Nisa: 34. “Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”.Ikutlah ajaran yang digariskan oleh ALLah ,hidup akan bahagia di dunia dan di akhirat.
Sedarlah Cinta itu kurnian Tuhan,hargailah, ,hayatilah kerana dengan ada Cinta hidup lebih bermakna.Sedarilah, "Bercinta tidak semestinya hidup bersama.".Dengan ada Cinta keazaman akan menjadi lebih kental untuk menjadi manusia yg gemilang lagi cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment