Translate to your language

Sunday, September 30, 2007

Cinta Mewangi Selamanya.


Cinta memang sentiasa muda, tidak pernah selari dengan usia yg kian bertambah,
sentiasa wujud bersama denyutan nadi. Misteri tersendiri,rasa cinta tetap ujud tanpa sempadan, tua ataupun yang muda. Jangan di sangka yang sudah bongkok tiga ,yang sudah setengah abad tidak memiliki cinta..

Jauh di dlm hati, cinta terus segar dan mewangi. Walau sudah dibungkus kebahagiaan,tapi ada kalanya masih teringatkan cinta yang hilang. Walaupun semuanya itu sudah bertahun berlalu,tetapi terasa begitu dekat. masih ingatkan suaranya. masih ternampak senyum tawanya.Rasanya baru semalam berlalu..tidak terasa Sudah bertahun-tahun rupanya sejarah cinta meninggalkan kita .Selagi ada kejujuran ,ia tetap mekar.Terkadang terasa sunyi dan mahu mendengar kembali semua yg pernah di dengari dari mulutnya, mahu ia mengulanginya. Namun tidak mungkin, lantaran kita sekarang sudah hidup dalam persekitaran yang tersendiri .Wahai insan yang pernah bertakhta di hati, di manakah sekarang? Apakah masih teringatkan kisah lama.Sering kali memujuk hati supaya menerima hakikat bahawa dia ‘telah tiada’. Tapi hati kita sukar hendak percaya. Itulah cinta namanya.

Misteri sungguh perasaan ini. Ia datang dan terus datang tanpa mempedulikan hakikat siapa kita lagi, dan siapa dia sekarang ini. Kita terus teringat dan terus teringat. Segalanya tersimpan jauh di sudut hati .Itulah cinta.satu misteri yg tidak pernah berjaya diberikan jawapan oleh manusia sejak dulu hingga kini. TUHAN menciptakan manusia bersama cinta dan kasih sayang. Bagaimanapun kita cuba menghilangkannya, ia tetap datang dan datang.

Andainya kita diberi kesempatan utk mengulangi semua kehidupan, ingin kita lakukan yg terbaik. Namun, kehidupan yg telah pergi tidak mungkin berulang. Usia yang telah terguna tidak mungkin kembali. Urat telah timbul, kedut-medut di wajah telah jelas, tenaga semakin berkurangan, mata kian kabur, langkah semakin terhenti-henti, tapi hati masih mekar dan segar.


__________________________________________________________________________________
Note-
Wahai hati, sedarilah hidup ini,ia akan pergi bersama sejarahnya. Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi. Biarkan ia kekal sebagai sejarah ,dan pelajarilah apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya.

AyatAn-Nisa: 34. “Wanita yang solehah adalah wanita yang taat kepada ALLAH”.Ikutlah ajaran yang digariskan oleh ALLah ,hidup akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Sedarlah Cinta itu kurnian Tuhan,hargailah, ,hayatilah kerana dengan ada Cinta hidup lebih bermakna.Sedarilah, "Bercinta tidak semestinya hidup bersama.".Dengan ada Cinta keazaman akan menjadi lebih kental untuk menjadi manusia yg gemilang lagi cemerlang.

Tuesday, September 25, 2007

Dewasa Bukan Bererti Matang


Kelmarin mengikuti kursus keibu-bapaan.Dah jadi mak dan bapak memang patut ikut kursus kerana ilmu mesti dicari.”Orang tua banyak makan garam.” Memang betul tapi kalau banyak makan garam kimia bukan asli lantaran kurang ilmu…itulah jadinya,”penyakit darah tinggi.” Orang yang kena penyakit ini biasanya garang-garang belaka.Dewasa bukan bererti matang. Matang hanya akan diperolehi melalui ilmu.
Suasa petang yang santai,penceramah tu mengajar kaedah berkomunikasi antara anak dan ibu-bapa .Difahamkan kaedah ini berguna juga untuk berinteraksi dalam apa jua keadaan.Terima kasih kerana tunjuk ajar.

Katanya, Dr.Eric Berne berpendapat manusia mempunyai kebolehan untuk mengubah perangai dan tingkah laku semulajadinya (perangai asal),apabila terdapat perhubungan antara manusia. Hubungan ini akan dapat menyelesaikan masaalah keindividuan dan juga dapat memperbaiki perhubungan antara satu dengan yang lain.Mendengar ceramah ini,otak mula berputar,teringat kembali kata-kata Nabi SAW, Sabdanya “Kalau ingin tahu perangai sesaorang, lihatlah siapa kawannya!“ .Kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, bau harum minyak itu akan terpalit jua, berbau harumlah ia..Begitulah juga akan terjadi bila berkawan dengan yang berperangai di sebaliknya.

Dalam Al-Quraan, surah Al-Imran ayat 159,Allah berfirman,
“Maka Disebabkan Rahmat Allah, Kamu Berlaku Lemah Lembut Terhadap Mereka. Sekiranya kamu bersikap keras Lagi Berhati Kasar, Tentulah Mereka menjauhkan Diri Daripada Sekeliling Kamu.”

Pokoknya, tiada siapa yang akan suka berkomunikasi dengan mereka-mereka yang bercakap kasar dan garang. Adakah sesiapa yang suka berkawan dan berkomunikasi dengan manusia yang berstatus gila?

Sebagai seorang kawan atau ibu-bapa,dalam diri masing-masing perlu pandai mengunakan kaedah kad PAC dalam berkomunikasi.Kad boleh berputar mengikut berbagai variasi mengikut keadaan atau situasi.

PARENT-P.
Bertindak sebagai ibu-bapa atau pihak berkuasa.Selain ibu-bapa ,guru dan majikan berstatus begini.Mereka ini biasanya membuat peraturan atau disiplin atau undang-undang atau pengawal tentang hidup;mana yang boleh, tidak boleh,Mana yang baik dan yang buruk,yang wajib dan yang harus.Mereka menentukan had, menjaga tradisi, menghukum,memberi nasihat dan bimbingan ,mengawal dan mengeritik.

ADULT_A.
Berfikiran secara orang dewasa setelah melalui berbagai pengalaman dan fakta-fakta yang diperolehi.Biasanya akan mengutamakan yang betul dan berguna sahaja.Dapat membantu pemilihan terbaik, dapat merancang langkah-langkah dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan konflik

CHILD-C
Berperangai seperti kanak-kanak.Suka bermain,mempunyai sifat penyayang,kelembutan dan kadang-kadang aggresif,kasar dan spontan.

Friday, September 21, 2007

Di mana Di Kau ?


Lihat sekeliling, pandang kedepan, renung jauh…..jauh….. Apa yang difikirkan..Andai . lidah tak dibasahi dengan kalimah Allah subhanallah, Alhamdulillah,Allah Huakbar…..fikiran akan kosong,…..kosong.Bahaya mengelamun begitu. Penuhi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Buat apa yang patut.Maksud kerja,…bukan setakat kerja di pejabat sahaja. Difinasi kerja yang dimaksudkan ialah melakukan apa jua aktivitas didepan mata yang belum beres. Jika kerja di kebun,lihat rumput panjang, -tebas. Ada tanah kosong,-tanam pokok.Tanah kering,- siram air.Begitu juga situasi disekeliling rumah ,mengerti apa yang harus dilakukan.Apabila sekeliling rumah bersepah,- menyapu.Banyak rumput dihalaman,- cabut rumput-rumput tu…Pokok bunga menjalar,-trim pokok tu…Kerja rumah?...banyak.Tiada makanan,buka petisejuk,lihat apa yang ada,- masak.Kain berlonggok dalam baldi,…angkat ke mesin basuh,-basuh.Lantai melekit,- mop.Pinggan mangkuk bersepah,-susun.Pinggan tidak berbasuh dalam sink,-basuh.Pendik kata, buat apa yang kita rasa seronok atau suka.Jika mahukan rumah yang cantik? belajar berkemas luar dan dalam.Itulah istilah..”reti buat kerja”.Kerja tanpa disuruh.Buat tanpa di minta.

Yang tak reti buat kerja… kekadang boleh di lebelkan sebagai “otak kosong” ,orang yang tak ada perasaan.Orang yang tak ada wawasan.Orang yang tak kreatif. Ubat yang paling mujarab ialah kerapkan diri solat berjemaah di surau atau masjid. Lepas solat jangan balik terus..bersembang-sembanglah dengan para jemaah .Cerita yang baik, jadikan teladan .Melalui cerita dan pengalaman orang,boleh membuka minda kita menyelami ,merasai penderitaan dan perasaan orang lain.Bagaimanakah struggle nya mereka untuk menjadi insan terbaik ?.Bagaimanakah cara untuk membangunkan keluarga, membentuk keluarga menjadi muslim sejati?. so lets join them and got the knowledge.

Menyendiri ,tak bergaul dengan dunia luar,yang akhirnya membawa akhibat tidak tahu langsung bagaimana hebatnya dunia luar, cabaran hidup. ….lama-kelamaan menjadi insan " syok sendiri ". Akan mudah rasa bosan atau fed up..kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan, confuse dalam hidup ini.Asyik dengan schedule sendiri,melihat tv, menonton video,layari Internet.. antaranya game . Bila mula asyik, mula pandai menangguh-nangguh kerja.. menanguh-nangguhkan solat.. … malah menangguh waktu tidur.. Do you realise that you’re utterly alone and feel isolated? Bored?. Do you realised that you need help… ask yourself what should you do… to whom should you seek advice? .The good advisers, of course your mum and dad.Revise your schedule, kaji pelan pembangunan diri… dan perlu tidur awal untuk jaga kesihatan. Kata pepatah “If you not getting anywhere so better you go somewhere”

In our life, feeling isolated and bored is among the sign that we are having a problem. The lack of intellectual stimulation and exchange ideas make you stagnant. This syndrome is dangerous and will slow down your activities, talk to real people, lively people. Let see this story that I read from the book. Let assume we want to climb the mountain. The question is which mountains you want to climb? How to reach the mountain? Do research, Learn from someone who has been there before. How Dangers are there? Seen from close the landscape changes, be prepared to go the extra mile, be joyful when you reach the top.