Sebenarnya orang Islam yang faham telah muak jika bertalu-talu menceritakan bab ini...kalau kita bukan beragama Islam benda ini tidak menjadi masaalah. INFINITY DOWNLINE @ ID LOGIN FACEBOOK DAPAT RM100.
Coretan Ustaz.
Bertalu-talu
orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline @‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya
amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk
menelitinya . Oleh
kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa
mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal
telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram
dalam skim sebegini.
Padahal,
helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu
mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua
mampu lebih rajin untuk berfikir dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas
permata.
Bagi
menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru
kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah
waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi
soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
Beberapa
perkara perlu dikaji dalam hal ini . Secara ringkas dan padat adalah seperti
berikut:-
Menyemak
website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan
singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini
tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Ia
jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam.
Memang benar,
kelihatan sistem ini berasal dari USA. Statistic www.alexa.com
juga menunjukkan peratusan teramai pelawat ke web ID datangnya dari USA,
diikuti dengan negara yang dipenuhi oleh pecinta skim cepat kaya iaitu
Malaysia.
Justeru dengan fakta
ini, jelas skim ini memang sedang mendapat tempat di kalangan ramai di seluruh
dunia, sehingga jika dicari berkenaannya di google dan yahoo, majoritinya
memuja memuji system ini sebagai sistem termudah mendapatkan duit. Tahap tersebar skim ini di seluruh dunia menunjukkan tanda positif tetapi ia
sama sekali tidak menunjukkan bahawa ia halal di sisi Islam. Skim cepat kaya
Bernard Mardoff yang bernilai USD 5 billion lebih kelihatan reliable, tetapi
ia tetap scam dan sebuah skim cepat kaya apabila ia tidak berniaga barangan
sebenar dan hanya memusing-musingkan kentungan dari orang bawah yang baru masuk
kepada orang atas sistem piramidnya.
Begitulah
beberapa petikan produknya yang boleh diperolehi dengan hanya USD25 atau RM
100. Sekali pandang ia
kelihatan cukup baik, namun apabila diteliti tajuk-tajuk tertentu dalam senarai
audio, ia jelas agak banyak tajuk yang dijual berkait hal yang dilarang di
dalam Islam, manakala tajuk tatoo, bedroom, bible etc secara tidak langsung memberi
kekeliruan terhadap kandungannya, walaupun telah dimaklumkan bahawa isinya
berlainan, ia tetap membawa syubhat yang besar sama ada pada tajuk itu sendiri
atau teknik-teknik perniagaan di dalamnya yang tidak sama sekali mengambil kira
displin perniagaan Islam.
Hujjah utamanya adalah produk ini hanyalah sebagai
alat untuk mengabui mata pihak berkuasa dan peserta, kononnya mereka menjual
produk, sedangkan produk yang dijual tidak mempunyai sebarang kualiti khas, malah semua kaedah dan tatacara pengunaan itu boleh dengan mudah
diperolehi secara percuma di internet. . Walaupun unsur ini semata tidak cukup kuat
untuk menjatuhkan skim ini kepada HARAM, namun gabungannya dengan pelbagai isu
dan masalah lain yang disebut dalam artikel ini, menyebabkan ia jatuh dalam
sebuah skim perjudian dan juga riba.
Saya
juga yakin majoriti yang memasuki system ini TIDAK SAMA SEKALI inginkan produk
itu, malah tidak memanfaatkan produk yang diperolehi itu. Sebenarnya apa yang diingini
adalah system reverse 2 up yang diwarwarkan membolehkan peserta memperolehi modal USD 25
dengan hanya seorang dowline, selanjutnya selaku upline mereka akan memperolehi komisyen yang
merupakan keuntungan demi keuntungan.
Meneliti
promosi-promosi dari ahli-ahli ID, amat jelas memperlihatkan niat dan
kecenderungan mereka adalah untuk bergiat dalam system money game dan bukannya
berusaha mempromosikan produk-produk tanpa kualiti mereka. Ini jelas apabila
sistem komisyen lebih diutamakan dalam promosi berbanding produk. Produk-produk mereka tiada kualiti khusus
kerana hampir kesemua tajuk pada produk itu boleh didapati secara percuma sama
ada dari youtube, google search dan sebagainya.
Ada yang bertanya
dan berhujjah bahawa produk itu walaupun kelihatan tidak berguna dan mudah
diperolehi secara percuma. Namun seperti tayar buruk, ia mungkin tidak berguna
bagi sesetengah orang namun ia berguna bagi sesetengah yang lain, lalu adakah
wajar saya mengelarkan sebagai ‘sampah' atau tidak.
Kes 'sampah' yang
saya sebutkan membawa dua maksud iaitu sama ada :-
1) Produk itu memang
tidak ada nilai dan kualiti yang khusus, untuk dijual beli sehingga
bertingkat-tingkat dan melibatkan beribu-beribu orang manusia membeli dan
menjualkan berulang kali. Hanya sekadar ia sebuah kompilasi tidak cukup
menjadikan ia sebegitu digilai oleh ramai orang. Hakikatnya, sistemnya yang
digilai bukan produknya.
2)
Produk itu tidak sekalipun akan digunakan oleh peserta (iaitu berdasarkan
tinjauan majoriti dan promosi ahli-ahli mereka), ia dikendalikan seperti
'sampah' (yang tidak terpakai dan tidak digunakan), ia sekadar mencukupkan
syarat untuk menyertai sistem money game, piramid yang haram kerana judi,
gharar dan riba.
Sekiranya
seseorang itu menaja atau mencari 10 orang ahli (=mangsa) ( ini diambil dari facebook ID , jika salah mereka yang
salah)
Level 1 - 10 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10 = RM900
Level 2 - 100 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 100 = RM900
Level 3 - 1000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 1000 =
RM90,00
Level 4 - 10000 Rakan Niaga = 100% * RM90 * 10000 =
RM900,000
Ini adalah petikan
dari kempen sana sini upline ID (rujuk facebook mereka) :
Kita akan terus-menerus dapat
setiap bulan selagi downline maintain bayar USD25 tiap-tiap bulan. Paling best 100% bila anda menaja 1orang
SYARIKAT TIDAK AMBIL APA-APA best program affiliate -INFINITY DOWNLINE ni.
Ini
jelas satu lagi unsur haram, modal yang diwarwarkan sebenarnya bukan lagi USD 25 seumur hidup, rupanya
adalah USD 25 sebulan!. Sedangkan produk yang telah
dibeli dahulu pun tidak gunakan, apatah lagi produk bulan depan yang belum
pasti akan diupdate oleh syarikat atau tidak. Jika syarikat belum
mengemaskinikan produknya, malah tidak disebut secara jelas, manakah produk baru pada tiap-tiap
awal bulan, maka atas apakah bayaran USD 25 itu dibuat? Sekadar untuk
memastikan upline layak mendapat komisyen orang downline?. Jika itulah
senarionya, ia JELAS Riba malah juga mempunyai unsur perjudian.
Perjudian semakin
jelas apabila, kegagalan ahli maintain USD 25 setiap bulan akan menyebabkan
dirinya terkeluar dari kaki dan tidak lagi layak menerima komisyen orang bawah,
kini dirinya dianggap orang baru di bawah sistem kaki tersebut setelah
pendaftaran dan pembayaran semula dibuat.
Sebagaimana
juga disebut di atas, ia juga mempunyai unsur judi melalui yuran bulanan
peserta. Yuran ini mendedahkan peserta kepada dua kemungkinan iaitu RUGI (= kalah), atau terus mendapat
komisyen lumayan dari downline ( = Menang judi).
KESIMPULAN AKHIR
1)
Latarbelakang syarikat ID
diragui dan bermasalah.
2)
Produk ID adalah tiruan, tidak
punyai nilai sebenar, bercampur intipati yang haram dan tidak diperlukan oleh
majority ahli. Ini menjadikan penyertaan ke skim ID adalah kerana inginkan
pulangan melalui system reverse 2 up.
3)
Akibat produk tidak
berkualiti, tidak relevan dan yang dipromosi adalah lebih kepada sistem
komisyen, setiap yuran yang dibayar adalah dengan niat dan hasrat untuk
mendapat lebih banyak keuntungan tanpa sebarang jual beli sebenar, tatkala itu
riba al-Fadl dan An-Nasiah berlaku. Ini adalah kerana komisyen disandar kepada
yuran dan bukan jualan produk.
4)
Yuran bulanan USD 25
menjatuhkan ia di dalam unsur maysir atau perjudian.
Oleh itu, menurut
penelitian saya, umat Islam MESTI DIHARAMKAN dari menyertai system ini.
Sebarang promosi dan membiarkan promosinya betapak di web atau facebook anda
juga adalah diharamkan di dalam Islam atas asas larangan bantu membantu dalam
perkara maksiat dan dosa.
Adalah diharapkan
umat Islam khususnya bangkit dari tidur dan mimpi untuk mendapatkan untung
tanpa usaha yang setimpal. Dalam Islam setiap keuntungan mestilah bersumber
dari penjualan sesuatu aset atau dari usaha sebenar terhadap sesuatu aset,
bukan hanya untung atas angin secara goyang kaki atas penyertaan orang ke dalam
sesuatu sistem pyramid.
Semoga kita semua
diberi pembukaan hati dan minda untuk tidak menyertai, berhenti dan menyedarkan
yang lain. Namun sekali terjebak, kegilaan kepada wang, harta serta sistem
cepat kaya adalah ibarat arak yang memabukkan, tidak mudah menyedarkan mereka
tatkala sedang mabuk, peluang dan ruang untuk yang menasihat dicerca adalah
besar, demikianlah tabiat orang mabuk apabila dinasihat. Justeru bersabar
kalian dalam menasihati mereka, semoga mereka lekas sedar dan sempat
diselamatkan sebelum kemalangan berlaku.
Akhir
sekali, tulisan ini bukanlah sebuah fatwa, ia hanya nasihat dan pandangan. Jika
ada yang tidak bersetuju dengannya, terpulang kepada saudara dan saudari untuk
menolaknya. Tiada sesiapa yang memaksa untuk menerimanya. NIat saya hanyalah
untuk mebantu dan menyelamatkan kita semua dari murka Allah. Justeru tidak
perlu untuk mencaci maki di web ini.
Ada yang menghantar
email kepada saya bertanya tentang cara berhenti dan taubat. Ini jawapan
ringkasnya. Jalannya adalah berhenti, sedarkan dowline juga dan semua komisyen
yang masih lagi masuk disalurkan kepada faqir miskin. Modal sendiri boleh ambil
semula.
Taubat
boleh dibuat dgn menunaikan solat taubat sebanyak 2 rakaat dan insafilah dengan
sebenar-sebenarnya keterlibatan dan kegelojohan kita
terhadap wang dan harta itu, kemudian memperbanyakkan sedeqah dari semasa ke
semasa. Selanjutnya panjatkan harapan setingginya kepada Allah untuk menerima
taubat kita.
Tulisan oleh