Maju dalam dunia Globalisasi,Perubahan diri boleh dilakukan ,Teruskan usaha kearah itu .Sangat mudah; Anda Pasti akan berjaya .Cubalah..... It's so easy" Yeah it's easy .." but really, is there any truth in that anyway?...continue surfing.
Translate to your language
Wednesday, April 23, 2008
Menuntut kebahagiaan kekal abadi
Cermin Kelemahan Diri ,
Apa guna jadi kaya kalau hati tak bahagia.
Apa guna hidup senang kalau hati tidak tenang.
Apa guna rupa ayu kalau iman sudah layu.
Hadis Rasulullah SAW : Orang yang pandai ialah orang yang mengingati Mati.
Apa guna masuk ke Oxford University atau Harvard University jika tak ingat mati ?
Apa guna ada anak yang pandai dalam ilmu dunia jika tidak mengingati mati ?
Orang yang pandai, akan sentiasa mengingati mati, akan berusaha melakukan sesuatu yang mengundang redha dan ampunan Allah. Dunia ini hanyalah batu loncatan untuk ke negara akhirat kerana nikmat di dunia ini hanyalah sementara tetapi kenikmatan di akhirat adalah berkekalan.
Dengan mengingati mati, kita akan berusaha untuk mengumpul bekalan untuk kembali kepada Allah.
kita akan melaksanakan ibadah dengan sempurna. Kita laksanakan tuntutan yang wajib, tak tinggal solat, tutup aurat, tak main judi, tak minum arak, tak zina etc.
Cerita tentang Sufiah, seorang anak kelahiran Malaysia yang berada dalam kategori genius matematik , masuk ke Universiti terkenal pada usia 13 tahun. Tetapi akhirnya Sufiah menjadi pelacur dan Sufiah dikatakan merasa bangga menjadi pelacur. Shukri Hadafi seorang yang genius diawal umur 4 tahun dan penah menjadi anak angkat kepada Prof Diraja Ungku Aziz . Tetapi akhirnya beliau terjebak dengan dadah. Hidupnya rosak.
Agak pelik .... mereka pandai, tetapi kenapa mereka bodoh memilih jalan yang merosakkan diri sendiri . Ikutkan hati merana .Ikutkan nafsu binasa.Oleh itu ikut landasan yang telah Allah ajarkan. Buka hadis dan Al-Quraan.Jadikan ia sebagai panduan. Paling senang dan simple tetapi paling sukar dibuat.
Apa dia?
Berkata perkataan “Ah!......... Kepada ibu atau bapa……
Ibu bapa patut dipatuhi dan dihormati. Tiada ibu bapa ingin melihat anaknya derita dan sengsara. Tetapi pendapat mereka boleh dibawa berbincang tetapi elakkan perkataan Ah!.....
Dalam kes Safiah, ibunya adalah bekas pelajar TKC, Seremban, membuat PHD di Universiti Luar Negara. Berhenti kerana ingin menjadi surirumah sepenuh masa . Berapa banyak pengorbanan nya untuk bina keluarga tetapi inikah balasan yang diterimanya?
Siapa harus disalahkan? . Walaubagaiman pun Allah berfirman “ Ibu bapa lah yang menjadikan anak itu Majusi atau Nesrani , kerana anak itu lahirnya seperti kain putih, ibubapalah mencorakkan kehiupannya…….Salah Ibu bapa lagi…..Di dunia,….. Diakhirat Allah laknat kerana menjadi ibubapa tak bertanggung jawab…..
Janaganlah terlalu mengejar ilmu keduniaan , seimbangi juga dengan ilmu akhirat. Banyak yang telah berjaya dan telah sampai kepuncak kejayaan,kerana ilmu akhirat tiada jiwa dan hati menjadi kosong. Tak kenal Allah, tak kenal Rasulullah SAW, tak kenal syurga dan neraka, tak kenal akhirat, tak solat, tak puasa ,membuat perkara-perkara dilarang oleh Allah.Tidak hairan jika golongan ini , jika bermasalah, mereka akan membuat perkara –perkara yang dirangsang oleh nafsu, minum arak, berzina, judi dan sejenisnya. Akhirnya rosak binasalah kehidupannya.Walau pandai melangit tanpa iman hidup tidak bermakna didunia dan terseksa diakhirat.
Quran dari Surah Ibrahim : Ayat 24 hingga 25 yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan- perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”
Cuba bayangkan sepohon … ..... Pendekata kehidupan seorang Islam yang beriman mestilah seperti se pokok yang baik. Pokok yang baik mesti mempunyai akar tunjang yang mencengkam bumi agar tak mudah tumbang. Mesti mempunyai batang yang kuat agar tak goyah dan mampu menjadi penyokong tempat dahan, ranting, daun menumpang tumbuh. Mesti ada dahan, ranting dan daun yang merimbun bagi membolehkan orang berteduh. Mesti ada buah yang manis dan sedap bagi membolehkan orang makan.
Pokok yang baik, mesti ada akar tunjang yang kuat mencengkam bumi. Datang ribut taufan pokok akan tetap terpacak di bumi kerana akar tunjang yang mencengkam bumi. Akar tunjang itu diibaratkan sebagai pegangan TAUHID dan ucapan kalimah syahadah seseorang muslim. Sejauhmana keyakinannya kepada rukun iman yang enam iaitu percaya kepada ALLAH, percaya malaikat, percaya kepada Nabi & Rasul, percaya kepada Kitab2, percaya kepada Hari Kiamat, percaya kepada Qada dan Qadar. Kuat pegangan tauhid seseorang, walau apajua bala dan musibah, mereka akan tetap sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH.
Pokok yang baik juga mesti mempunyai batang yang besar, kuat dan teguh. Tak boleh ditebuk tupai, tak boleh ditebuk ulat, tak boleh dirosakkan oleh makhluk perosak. Kerana batang itulah yang akan menyokong dahan besar, dahan kecil, ranting2, daun2 yang rimbun, bunga dan buah pada pokok. Tanpa batang pokok, kesemua nya takkan dapat berdiri dan bersokong. Batang itulah diibaratkan bagai SOLAT yang wajib 5 waktu sehari semalam. Andainya ada dikalangan umat Islam yang tidak mendirikan solat,ibarat mereka sebagai tunggul pokok yang mati.
Dahan-dahan besar bagi sebatang pokok diibaratkan bagai rukun Islam yang lain iaitu puasa, zakat, mengerjakan haji. Andainya ada yang tak dilaksanakan oleh umat Islam, pokok yang ditanam bagaikan tak berdahan. kalau tak berdahan, bagaimana ranting, daun, bunga dan buah hendak menumpang tumbuh ? Pokok tersebut bagaikan pokok mati yang hanya layak dijadikan bahan bakaran atau kayu api.
Dahan2 kecil diibaratkan tuntutan perintah wajib yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam selain rukun iman dan rukun Islam iaitu menutup aurat, menjaga maruah diri, keluarga, harta dan agama, berlaku amanah dan lain-lain tuntutan yang wajib.Termasuk juga perkara yang menjadi fardhu kifayah seperti solat jenazah, membangunkan ekonomi Islam.
Ranting-ranting pula diibaratkan bagaikan amalan sunat yang dilaksanakan, berselawat, berzikir, bersedekah.
Daun diibaratkan sebagai perkara yang harus yang dijadikan ibadah. Perkara harus, jika dilaksanakan, mendapat pahala. ikut sunnah Rasulullah SAW,.... bila nak masuk ke tandas, baca doa. langkah masuk tandas dengan kaki kiri. Langkah keluar tandas dengan kaki kanan. Masuk tandas pakai selipar. tutup kepala . selesai berdehem 3 kali, barulah beristinjak dengan air mutlak
Bila pokok ada akar tunjang yang kuat, batang yang kuat, dahan, ranting serta daun yang rimbun. Maka dari pokok yang sihat dan kuat, lahirlah buah yang manis yang tak berpenyakit. Buah itulah akhlak mulia yang lahir dari hati yang beriman yang penuh dengan amalan soleh.
Kita belajar dari darjah satu ke darjah enam. Dari Tingkatan satu ke Tingkatan Lima. Kemudian ada yang buat matrikulasi, ada yang buat Diploma. Kemudian ada yang sambung buat Degree. Ada yang sambung buat Master dan PhD. Tapi itu semua hanyalah salah satu dari beberapa cabang dahan yang kecil. Andainya kita abaikan iman, kita abaikan solat, kita abaikan puasa, zakat, kita abaikan perintah fardhu ain dan fardhu kifayah. Semua ilmu yang kita belajar Tiada makna dan Tiada nilai disisi Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment