Translate to your language

Wednesday, June 25, 2008

Amal Makruf Nahi Munkar


Selaku insan seharusnya kita peka dengan keadaan persekitaran agar bebas dari melakukan perkara-perkara maksiat. Dunia akan aman jika semua orang tahu peranan masing-masing.Untuk menjadi insan yang bertakwa seharusnya kita menginsafi segala perbuatan kita. Perlu diingati segala amalan Anggota badan sendiri menjadi saksi, akan dihitung dihari kemudian.

Riwayat Bukhairi dan Muslim dari IbnuUmar R.A. -Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.
Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24."

Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakapkepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kakimereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." SurahYassin : ayat 65.1)

1)Menjaga Mata
Peliharalah Mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga
Menjaga Telinga daripada mendengar perkara bida''ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorangyang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yangberkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yangmengumpat."

3)Menjaga lidah-
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun."

Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain,memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi oranglain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perutMemelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang
syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T.Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat5-6.

6)Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki .
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang Lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang Selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati,sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf,disengaja atau tidak adalah daripada diri kita sendiri...

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

No comments: