Maju dalam dunia Globalisasi,Perubahan diri boleh dilakukan ,Teruskan usaha kearah itu .Sangat mudah; Anda Pasti akan berjaya .Cubalah.....
It's so easy" Yeah it's easy .." but really, is there any truth in that anyway?...continue surfing.
Semalam agak terdetik hati ku apabila kawan ku berdengus rasa tak senangnya beliau terhadap ibu mertuanya....Aduhai...terkedu aku
Tidakkah kita terfikir suami kita yang kita cintai itu punya ibu dan punya perasaan ...Apa pula perasaan kita jika suami berbuat demikian terhadap ibu kita...??
Apabila seorang perempuan telah bernikah ,tanggung jawab terletak di bahu suami nya.Bukan ayah atau ibunya....manakala seorang lelaki telah berkahwin masih lagi bertanggung jawab terhadap ibunya dan adik beradik nya.
Cara mudah memenangi hati suami adalah dengan cara ikut meyayangi apa yang dia sayang dan yang sukai... sebagai isteri kena ikut apa yang suami suka selagi tidak menyalahi agama...Suami kaki pancing...isteri beri sokongan, bersama- sama beriadah di kolam pancing , jika ada anak-anak berkelah bersama semasa ayahnya memancing...bukan kah seronok!
Kita harus sedar pengorbanan setiap ibu membesarkan anaknya...lelaki atau perempuan...pengharapan nya, cita-citanya, kegembiraan nya melihat pembesaran anak mereka hinggalah anak mereka berkeluarga sendiri...Sampai hatikah kita meragut semua ini setelah si anak punya suami atau beristeri
Sebagai anak atau menantu harus sedar diri dan menghormati dan menyayangi ibu sendiri dan ibu mertua selari tanpa pilih kasih. itu dinamakan anak yang soleh dan akan disayangi oleh insan yang bernama ibu
Andai kata tinggal berjauhan, hubungilah ibu mertua melalui talipon sebagaimana kita berborak dengan ibu kita, bertanya khabar dan sesekali luangkan waktu mengunjungi nya. Bawalah buah tangan, seperti masakan kegemaran nya atau buah-buahan. Jika memberi ibu kita sepasang kain , pastikan ibu mertua juga dapat yang sama bukan berbeza harga dan kualiti.
Kaseh suami, hormati suami , akan membuatkan ibu mertua kita lagi sayang kepada kita, kerana dia merasakan anaknya selamat bila berada bersama kita ..hayati diri kita dan perasaan kita jika anda sebagai ibu atau bapa yang meyayangi anak bila anak di ambil oleh orang lain.....tentunya pengharapan mesti anak itu dapat situasi yang lebih terbaik dari sebelum nya...Adakah anda setuju??
Money Game/Skim Piramid yang berselindung di sebalik MLM.
Banyak syarikat yang menjalankan Money Game atau Skim Piramid tetapi berselindung di sebalik MLM menyebabkan orang ramai yang pernah ditipu oleh Skim Piramid dan Money Game menganggap MLM sama saja dengan Money Game/Skim Piramid.di kenali sebagai Ponzi
Mereka mengisytiharkan perniagaan secara MLM, tetapi sebenarnya yang mereka jalankan ialah permainan wang (MONEY GAME). Kewujudan barang/produk bukanlah menjadi tujuan, akan tetapi hanya sebagai lapik untuk mengelabui mata masyarakat dan untuk mengelak dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa. Untuk mengenali MLM jenis ini;
1. Menjanjikan keuntungan besar dalam waktu singkat tanpa usaha berarti. 2. Tidak memiliki produk yang bermanfaat untuk dipasarkan kepada pengguna.
3. Kalau ada produk sekalipun, nilainya murah dan tidak berkualiti, tetapi dijual dengan harganya amat tinggi (tidak masuk akal) -berbanding harga sebenar dan harga pasaran- kerana niat sebenar bukan perniagaan, tetapi money game (permainan wang).
4. Pendapatan/bonus utama diperolehi dari rekrut orang, bukan dari usaha menjual produk.
5. Menggunakan prinsip gali lubang tutup lubang, iaitu menggunakan wang pendaftaran untuk membayar bonus ahli yang masuk terdahulu.
6. Perniagaan akan runtuh jika ahli baru yang direkrut tidak berimbang dengan dana yang harus dibayar kepada ahli lama.
7. Berorientasi jangka pendek dan mengaut dana sebanyak-banyaknya selagi ada kesempatan.
8. Selalu menyatakan bahawa sesiapa yang masuk dulu dalam bisnes ia akan mengaut keuntungan besar.
9. Yuran penyertaan ahli baru yang mahal serta komisyen tinggi kepada peserta yang dapat menarik ahli baru.
10. Paksaan simpanan stok barangan kepada ahli dengan alasan komisyen dan sebagainya tanpa mempedulikan kepuasan jangka panjang pengguna.
11. Penjualan besar-besaran kepada ahli barunya yang membeli barangan semata-mata untuk menjadi peserta/pengedar. Mereka tidak menghiraukan mutu atau usaha untuk pemasaran barangan kepada pengguna.
MLM yang mengamalkan money game di atas terdapat bermacam unsur yang dilarang Syarak iaitu gharar, riba, perjudian, penipuan, kezalimanan dan sebagainya.
Awasi diri supaya tidak tertipu dalam dunia yang penuh penipuan ini...jika kita berniat untuk menolong ramai orang .. membantu mereka untuk bebas dari belenggu masaalah hidup ..Allah akan tunjukkan peluang yang baik.itu....niat kena Ikhlas...Insyaalah Allah akan selesaikan
Consumer Based Income yang menjamin pendapatan pasif yang lumayan dan bersifat berjangka panjang.
✅ Tiada Yuran Penyertaan. ✅ Tidak perlu maintain bulanan. ✅ Tiada jual menjual. ✅ Hanya join Atomy secara percuma
Soalan; Apakah
hukum bagi pendapatan yang diperolehi hasil daripada MLM. Ia diniagakan dengan
cara yang halal, produk yang halal tetapi menggunakan sistem piramid? Yang mana
seseorang itu mendapat pendapatan melalui usaha orang yang berada di bawahnya?
Jawapan;
MLM
sebagaimana juga sistem perbankan, saham, insurans dan sebagainya lagi dari
muamalah-muamalah baru yang wujud hari ini, tidak boleh kita hukum sebagai
haram secara borong kerana hukum asal bagi segala muamalah duniawi adalah harus
hinggalah kita dapat membuktikan sebaliknya. Para ulamak menjelaskan; “Hukum
asal bagi segala mu’amalah di dalam Islam adalah harus hinggalah ada dalil
menunjukkan kepada pengharamannya”
Tatkala
Rasulullah tiba di Madinah (selepas peristiwa hijrah) baginda mendapati
penduduk Madinah biasa bermu’amalah dengan satu sistem perniagaan yang diberi
nama as-Salam (yakni jual-beli secara tempahan). Baginda tidak melarangnya
(dengan alasan ia bukan berasal dari Islam), sebaliknya baginda memberi garis
panduan kepada mereka yang ingin menggunakannya (agar mu’amalah itu berjalan
tanpa melanggari Syariat) dengan sabda baginda;
“Sesiapa
ingin melakukan akad tempahan, hendaklah ia melakukan akad dengan sukatan yang
diketahui, dengan timbangan yang diketahui dan dengan tempoh yang diketahui.
(Riwayat
Imam al-Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lafaz adalah dari
Muslim).
Darul-Ifta’
(Majlis Fatwa) Mesir (yang diketuai oleh Muftinya Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah) dalam
fatwanya tahun 2007 telah memutuskan tentang MLM sebagaimana berikut;
1. MLM
adalah satu bentuk akad baru yang menggabungkan dua akad, iaitu;
a)
Akad jual-beli; iaitu akad jual-beli antara Syarikat dan pembeli yang bakal
menjadi pengedarnya dengan memenuhi syarat-syarat tambahan (yang ditetapkan
oleh Syarikat).
b)
Akad al-Ju’alah (yakni akad pemberian yang diikat dengan suatu kerja/peranan);
di mana al-Ja’il (yakni orang yang menawarkan pemberian) adalah Syarikat,
al-Maj’ul lahu (yakni orang yang ditawarkan pemberian kepadanya) ialah
pengedar-pengedarnya, al-‘Amal (yakni kerja/peranan yang menjadi syarat untuk
mendapat pemberian) ialah menjalankan pemasaran/penjualan produk dan
mendatangkan pembeli/pengedar baru untuk syarikat dan al-Ju’l (yakni pemberian)
ialah hadiah/bonus mengikut peratus tertentu kepada harga barangan/produk.
2. Di
antara prinsip-prinsip am bagi muamalah Islam ialah;
a)
Jujur dan amanah; iaitu pihak Syarikat dan para pengedarnya hendaklah sentiasa
jujur dalam menerangkan ciri-ciri produk/barangan yang dijual kepada pengguna.
b)
Muamalah hendaklah bebas dari sebarang bentuk penganiayaan; oleh itu diharamkan
menjual produk/barangan yang tiada sebarang faedah kepada pengguna/pembeli
kerana ia termasuk dalam memakan harta orang lain secara batil dan merupakan
pembohongan dan penipuan. Apatahlagi jika yang dijual adalah produk yang
mendatangkan mudarat, maka ia lebih-lebih lagi diharamkan.
c)
Muamalah juga hendaklah bebas dari gharar, riba dan juga
pertaruhan/perjudian.
d)
Khusus bagi akad jual-beli, disyaratkan;
i) Barangan/produk
yang dijual hendaklah wujud semasa akad, diketahui oleh
kedua pihak yang berakad, merupakan harta yang diakui oleh Syarak, dimiliki
oleh penjual dan mampu diserah.
ii)
Bagi sighah (pernyataan akad); hendaklah lahir (dari dua pihak yang berakad)
tanda atau reaksi mereka yang menunjukkan persetujuan untuk melakukan akad dan
memberi milik kepada pihak lain dengan mendapat tukaran.
iii)
Bagi dua pihak yang berakad; disyaratkan mereka hendaklah mempunyai keahlian
untuk menjalankan akad, redha/bersetuju dengan akad yang dijalankan dan
memiliki kuasa ke atas barang yang diakadkan sama ada sebagai pemiliknya atau
wakil kepada pemilik.
e)
Khusus bagi akad al-Ju’alah pula, disyaratkan;
i)
Orang yang menawarkan al-ju’l (pemberian/bonus); ia hendaklah membuat penawaran
dengan pilihan sendiri (tanpa dipaksa) dan memiliki hak terhadap pemberian
tersebut.
ii)
Orang yang berkerja/berperanan untuk mendapat pemberian tersebut; ia hendaklah
seorang yang mampu untuk melakukan kerja/peranan yang menjadi syarat kepada
pemberian tersebut.
iii)
al-Ju’l (pemberian/bonus) yang ditawarkan; hendaklah ia diketahui (yakni bukan
suatu yang majhul atau samar-samar), bersih dan halal, mampu diserahkan dan
dimiliki oleh al-Ja’il (orang yang menawarkan pemberian/bonus).
f) Telah menjadi ketetapan dalam Qawaid Syarak (prinsip-prinsip
Syariat Islam) bahawa hukum asal bagi segala muamalat –mengikut Islam- adalah harus. Segala muamalah yang
tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya sebagai haram tidaklah ia haram.
g)
Setelah membuat penjelasan (yang diringkaskan) di atas, Majlis Fatwa Mesir
menegaskan; “Berdasarkan keterangan yang lalu, kami berpandangan tidak ada
sebarang tegahan untuk menjalankan muamalah tersebut (yakni MLM) dan tidak ada
tegahan juga untuk memberi (hadiah/bonus) dengan peratusan tertentu kepada
seorang yang ia telah menjadi sebab kepada pengedaran (barang/produk) sekalipun
secara tidak langsung kerana sebab yang melayakkannya untuk mendapat
hadiah/bonus masih kekal dan itu mencukupi untuk mengharuskan pemberian
(hadiah/bonus) kepadanya”. (Ulasan saya; apa yang ingin dijelaskan oleh fatwa
di atas ialah; Tidak ada larangan (dari Syarak) untuk syarikat memberi bonus
kepada pengedarnya dengan persen dari belian oleh pembeli-pembeli di bawahnya sekalipun
belian itu bukan melaluinya akan tetapi melalui orang-orang yang didatangkannya
(kepada syarikat). Ini kerana sebab/faktor (yang melayakkannya mendapat bonus)
masih kekal dan dengan kekalnya sebab/faktor itu mencukupi (untuk ia terus
diberi bonus oleh syarikat). Tidak ada dalam qaedah-qaedah Syariat yang
menghalang syarikat untuk memberi bonus kepadanya. Malah bonus itu boleh
menjadi pendorong kepadanya untuk terus membantu ahli-ahli di bawahnya sehingga
perolehan mereka
menjadi semakin besar).
Tidak
mustahil ramai yang terkeliru antara MLM dan Money Game berpunca dari
terdapatnya syarikat yang menjalankan Money Game tetapi berselindung disebalik
MLM. Di bawah ini saya turunkan dua perbezaan asas antara MLM dan Money
Game/Skim Piramid;
1. MLM
ialah pemasaran dengan system jualan lansung dari pengeluar produk (syarikat)
ke pengguna melalui multi (banyak) level (tingkat) jaringan. Jadi, inti MLM
ialah pada kata “marketing” (pemasaran) bukan multi levelnya. Adapun money game
intinya ialah game (permainan wang). Ia sama sekali tidak masuk dalam kategori
marketing (pemasaran).
2.
Dalam MLM, keuntungan atau hasil yang bakal diperolehi para pengedar (atas nama
bonus, insentif atau sebagainya) bergantung kepada jumlah produk yang berjaya
dijual kepada pengguna melalui kerja dan peranan yang dimainkan oleh para
pengedar. Adapun dalam money game, keuntungan ditentukan oleh sejauh mana orang
yang terbabit berjaya merekrut orang lain yang memasukkan sejumlah wang hingga
terbentuk satu format pyramid. Kesimpulannya, keuntungan dalam MLM diperolehi
dari usaha penjualan produk, adapun dalam money game atau skim pyramid ia
diperolehi dari merekrut orang sahaja.
Jualan Langsung (MLM) bermaksud sebagaipemasaran
produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan cara bersemuka, biasanya
di rumah mereka atau di rumah orang lain, di tempat kerja atau tempat lain dan
biasanya jauh dari tempat tetap perniagaan barang runcit (kedai, pasaraya.
dll), lazimnya melalui penerangan ataupun demonstrasi oleh pengedar bebas
Jualan Langsung.Tun
Mahathir menjemput mereka yang menganggur dan tenaga yang tidak digunakan
sepenuhnya di tempat kerja melibatkan diri di dalam industri MLM untuk maju
demi mencapai Wawasan 2020.
Peringatan penting
untuk di ketahui umum ialah ganjaran berbilang tingkat yang diperolehi
melalui syarikat Jualan Langsung menurut undang undang adalah ganjaran yang
datang terutamanya dari jualan produk dan perkhidmatan kepada ramai pelanggan
dan pengguna dan bukan dengan tatacara penajaan semata semata. Pelanggan atau
pengguna termasuk pengedar bebas itu sendiri yang menggunakan untuk dirinya
sendiri atau keluarga pada harga yang bersesuaian dan membeli produk tersebut
pada masa yang lazimnya digunakan oleh orang lain.
Money Game/Skim Piramid yang berselindung di sebalik
MLM
Banyak syarikat yang menjalankan Money Game atau Skim
Piramid tetapi berselindung di sebalik MLM menyebabkan orang ramai yang pernah
ditipu oleh Skim Piramid dan Money Game menganggap MLM sama saja dengan Money
Game/Skim Piramid. Mereka mengisytiharkan perniagaan secara MLM, tetapi
sebenarnya yang mereka jalankan ialah permainan wang (money game)
MLM yang menepati Syariat
Jualan Langsung
melalui ganjaran berbilang tingkat membawa faedah yang penting kepada pasaran.
Ianya memberi peluang tak terkira jumlahnya kepada individu yang tiada peluang
di prasarana pekerjaan atau mereka yang tidak digunakan sepenuhnya oleh pasaran
pekerjaan. Ini adalah kaedah yang mudah dan tidak mahal bagi individu untuk
belajar asas perniagaan dan pengurusan. Ianya memberi latihan secara praktikal
kepada setiap individu jadual yang fleksibel dan makna sebenar pendapatan
tambahan individu terbabit. Tambahan pula, ianya menjadikan syarikat
perniagaan itu unik atau produk innovatif atau perkhidmatan itu kepada pasaran
tanpa melibatkan perbelanjaan yang terlalu mahal untuk pengiklanan pemasaran
dan tidak perlu untuk bersaing tempat di dalam rak yang terdapat di kedai atau
pasaraya khususnya.
Kepada
pembaca yang berminat untuk menyertai MLM, pastikan MLM yang ingin anda ceburi
memiliki ciri-ciri berikut;
1.
Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib
(berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari Syubhah.
2.
Akad antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas
dasar suka sama suka (at-taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.
3.
Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual-beli
sebagaimana yang terdapat di dalam hukum Fiqh.
4.
Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak
lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).
5.
Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barangan/produk
(yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau
money game dengan berlapikkan barangan/produk.
6.
Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati Syarak (tidak ada penipuan,
gimik yang melampau, manupulasi).
7.
Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya
sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pengedar (penjual) yang
memenuhi tuntutan Syariat Islam.
8.
Struktur pengurusan Syarikat hendaklah memiliki Jawatankuasa Pengawasan Syariah
yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.
9.
Bonus yang diberikan hendaklah di ambil dari keuntungan jualan (produk)
dan/atau sumbangan syarikat yang berdasarkan kepada perniagaan yang bersih dan
memenuhi ciri-ciri di atas khususnya dari sudut status produk dan juga
harga.
10.
Pemberian bonus itu hendaklah berdasarkan prinsip “Perkongsian Untung” antara
syarikat dan orang-orang yang menyumbang kepada syarikat.
11.
Pemberian bonus hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang diharuskan oleh
Syariat iaitu atas dasar Hibah, komisyen Simsarah, Ijarah (upah), al-Ju’alah
atau sebagainya.
Apabila MLM yang disertai adalah MLM yang menepati
prinsip-prinsip Mu’amalah Syariah dan bebas dari sebarang unsur yang ditegah
Syarak dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan (gharar, riba, dzulm, penipuan
dan sebagainya), pendapatan yang diperolehi darinya sama ada dalam bentuk
bonus, hadiah, insentif dan sebagainya adalah halal.
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Hukum Sistem
Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep,
struktur dan undang-undang perniagaan
Multi Level Marketing (MLM) yang
diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan
Islam.
Harap semua berpuas
hati...Pendikata sama seperti perniagaan topup, siapa yang berusaha dia dapat
lebih .. .OLEH ITU PENDAPATAN MLM YANG ANDA JALANKAN HUKUMNYA HALAL. Wallahu
a’lam.