Tidakkah kita terfikir suami kita yang kita cintai itu punya ibu dan punya perasaan ...Apa pula perasaan kita jika suami berbuat demikian terhadap ibu kita...??
Apabila seorang perempuan telah bernikah ,tanggung jawab terletak di bahu suami nya.Bukan ayah atau ibunya....manakala seorang lelaki telah berkahwin masih lagi bertanggung jawab terhadap ibunya dan adik beradik nya.
Cara mudah memenangi hati suami adalah dengan cara ikut meyayangi apa yang dia sayang dan yang sukai... sebagai isteri kena ikut apa yang suami suka selagi tidak menyalahi agama...Suami kaki pancing...isteri beri sokongan, bersama- sama beriadah di kolam pancing , jika ada anak-anak berkelah bersama semasa ayahnya memancing...bukan kah seronok!
Kita harus sedar pengorbanan setiap ibu membesarkan anaknya...lelaki atau perempuan...pengharapan nya, cita-citanya, kegembiraan nya melihat pembesaran anak mereka hinggalah anak mereka berkeluarga sendiri...Sampai hatikah kita meragut semua ini setelah si anak punya suami atau beristeri
Sebagai anak atau menantu harus sedar diri dan menghormati dan menyayangi ibu sendiri dan ibu mertua selari tanpa pilih kasih. itu dinamakan anak yang soleh dan akan disayangi oleh insan yang bernama ibu
Andai kata tinggal berjauhan, hubungilah ibu mertua melalui talipon sebagaimana kita berborak dengan ibu kita, bertanya khabar dan sesekali luangkan waktu mengunjungi nya. Bawalah buah tangan, seperti masakan kegemaran nya atau buah-buahan. Jika memberi ibu kita sepasang kain , pastikan ibu mertua juga dapat yang sama bukan berbeza harga dan kualiti.
Kaseh suami, hormati suami , akan membuatkan ibu mertua kita lagi sayang kepada kita, kerana dia merasakan anaknya selamat bila berada bersama kita ..hayati diri kita dan perasaan kita jika anda sebagai ibu atau bapa yang meyayangi anak bila anak di ambil oleh orang lain.....tentunya pengharapan mesti anak itu dapat situasi yang lebih terbaik dari sebelum nya...Adakah anda setuju??