Translate to your language

Monday, February 24, 2014

Benarkah Pendapat Pendapatan MLM..itu .halal ?????

PENDAPATAN MELALUI MLM
Soalan; Apakah hukum bagi pendapatan yang diperolehi hasil daripada MLM. Ia diniagakan dengan cara yang halal, produk yang halal tetapi menggunakan sistem piramid? Yang mana seseorang itu mendapat pendapatan melalui usaha orang yang berada di bawahnya?

Jawapan;



MLM sebagaimana juga sistem perbankan, saham, insurans dan sebagainya lagi dari muamalah-muamalah baru yang wujud hari ini, tidak boleh kita hukum sebagai haram secara borong kerana hukum asal bagi segala muamalah duniawi adalah harus hinggalah kita dapat membuktikan sebaliknya. Para ulamak menjelaskan; “Hukum asal bagi segala mu’amalah di dalam Islam adalah harus hinggalah ada dalil menunjukkan kepada pengharamannya” 
(Majmu’ al-Fatawa (Ibnu Tamiyyah) (28/386), al-Fawaid al-Bahiyyah (m.s. 115), al-Jawahir al-Mudhiah (2/519-520)).




Tatkala Rasulullah tiba di Madinah (selepas peristiwa hijrah) baginda mendapati penduduk Madinah biasa bermu’amalah dengan satu sistem perniagaan yang diberi nama as-Salam (yakni jual-beli secara tempahan). Baginda tidak melarangnya (dengan alasan ia bukan berasal dari Islam), sebaliknya baginda memberi garis panduan kepada mereka yang ingin menggunakannya (agar mu’amalah itu berjalan tanpa melanggari Syariat) dengan sabda baginda;

مَنْ أَسْلَفَ فِي تَمْرٍ، فَلْيُسْلِفْ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إلَىَ أَجَلٍ مَعْلُومٍ
“Sesiapa ingin melakukan akad tempahan, hendaklah ia melakukan akad dengan sukatan yang diketahui, dengan timbangan yang diketahui dan dengan tempoh yang diketahui.
(Riwayat Imam al-Bukhari, Muslim dan lain-lain dari Ibnu ‘Abbas r.a.. Lafaz adalah dari Muslim).


Darul-Ifta’ (Majlis Fatwa) Mesir (yang diketuai oleh Muftinya Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah) dalam fatwanya tahun 2007 telah memutuskan tentang MLM sebagaimana berikut;

1. MLM adalah satu bentuk akad baru yang menggabungkan dua akad, iaitu;
a) Akad jual-beli; iaitu akad jual-beli antara Syarikat dan pembeli yang bakal menjadi pengedarnya dengan memenuhi syarat-syarat tambahan (yang ditetapkan oleh Syarikat).
b) Akad al-Ju’alah (yakni akad pemberian yang diikat dengan suatu kerja/peranan); di mana al-Ja’il (yakni orang yang menawarkan pemberian) adalah Syarikat, al-Maj’ul lahu (yakni orang yang ditawarkan pemberian kepadanya) ialah pengedar-pengedarnya, al-‘Amal (yakni kerja/peranan yang menjadi syarat untuk mendapat pemberian) ialah menjalankan pemasaran/penjualan produk dan mendatangkan pembeli/pengedar baru untuk syarikat dan al-Ju’l (yakni pemberian) ialah hadiah/bonus mengikut peratus tertentu kepada harga barangan/produk.

2. Di antara prinsip-prinsip am bagi muamalah Islam ialah;
a) Jujur dan amanah; iaitu pihak Syarikat dan para pengedarnya hendaklah sentiasa jujur dalam menerangkan ciri-ciri produk/barangan yang dijual kepada pengguna.
b) Muamalah hendaklah bebas dari sebarang bentuk penganiayaan; oleh itu diharamkan menjual produk/barangan yang tiada sebarang faedah kepada pengguna/pembeli kerana ia termasuk dalam memakan harta orang lain secara batil dan merupakan pembohongan dan penipuan. Apatahlagi jika yang dijual adalah produk yang mendatangkan mudarat, maka ia lebih-lebih lagi diharamkan.

c) Muamalah juga hendaklah bebas dari gharar, riba dan juga pertaruhan/perjudian. 

d) Khusus bagi akad jual-beli, disyaratkan;
i) Barangan/produk yang dijual hendaklah wujud semasa akad, diketahui oleh kedua pihak yang berakad, merupakan harta yang diakui oleh Syarak, dimiliki oleh penjual dan mampu diserah. 
ii) Bagi sighah (pernyataan akad); hendaklah lahir (dari dua pihak yang berakad) tanda atau reaksi mereka yang menunjukkan persetujuan untuk melakukan akad dan memberi milik kepada pihak lain dengan mendapat tukaran.
iii) Bagi dua pihak yang berakad; disyaratkan mereka hendaklah mempunyai keahlian untuk menjalankan akad, redha/bersetuju dengan akad yang dijalankan dan memiliki kuasa ke atas barang yang diakadkan sama ada sebagai pemiliknya atau wakil kepada pemilik.

e) Khusus bagi akad al-Ju’alah pula, disyaratkan;
i) Orang yang menawarkan al-ju’l (pemberian/bonus); ia hendaklah membuat penawaran dengan pilihan sendiri (tanpa dipaksa) dan memiliki hak terhadap pemberian tersebut.
ii) Orang yang berkerja/berperanan untuk mendapat pemberian tersebut; ia hendaklah seorang yang mampu untuk melakukan kerja/peranan yang menjadi syarat kepada pemberian tersebut.
iii) al-Ju’l (pemberian/bonus) yang ditawarkan; hendaklah ia diketahui (yakni bukan suatu yang majhul atau samar-samar), bersih dan halal, mampu diserahkan dan dimiliki oleh al-Ja’il (orang yang menawarkan pemberian/bonus).

f) Telah menjadi ketetapan dalam Qawaid Syarak (prinsip-prinsip Syariat Islam) bahawa hukum asal bagi segala muamalat –mengikut Islam- adalah harus. Segala muamalah yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasulnya sebagai haram tidaklah ia haram. 

g) Setelah membuat penjelasan (yang diringkaskan) di atas, Majlis Fatwa Mesir menegaskan; “Berdasarkan keterangan yang lalu, kami berpandangan tidak ada sebarang tegahan untuk menjalankan muamalah tersebut (yakni MLM) dan tidak ada tegahan juga untuk memberi (hadiah/bonus) dengan peratusan tertentu kepada seorang yang ia telah menjadi sebab kepada pengedaran (barang/produk) sekalipun secara tidak langsung kerana sebab yang melayakkannya untuk mendapat hadiah/bonus masih kekal dan itu mencukupi untuk mengharuskan pemberian (hadiah/bonus) kepadanya”. (Ulasan saya; apa yang ingin dijelaskan oleh fatwa di atas ialah; Tidak ada larangan (dari Syarak) untuk syarikat memberi bonus kepada pengedarnya dengan persen dari belian oleh pembeli-pembeli di bawahnya sekalipun belian itu bukan melaluinya akan tetapi melalui orang-orang yang didatangkannya (kepada syarikat). Ini kerana sebab/faktor (yang melayakkannya mendapat bonus) masih kekal dan dengan kekalnya sebab/faktor itu mencukupi (untuk ia terus diberi bonus oleh syarikat). Tidak ada dalam qaedah-qaedah Syariat yang menghalang syarikat untuk memberi bonus kepadanya. Malah bonus itu boleh menjadi pendorong kepadanya untuk terus membantu ahli-ahli di bawahnya sehingga perolehan mereka 

menjadi semakin besar).





Tidak mustahil ramai yang terkeliru antara MLM dan Money Game berpunca dari terdapatnya syarikat yang menjalankan Money Game tetapi berselindung disebalik MLM. Di bawah ini saya turunkan dua perbezaan asas antara MLM dan Money Game/Skim Piramid;

1. MLM ialah pemasaran dengan system jualan lansung dari pengeluar produk (syarikat) ke pengguna melalui multi (banyak) level (tingkat) jaringan. Jadi, inti MLM ialah pada kata “marketing” (pemasaran) bukan multi levelnya. Adapun money game intinya ialah game (permainan wang). Ia sama sekali tidak masuk dalam kategori marketing (pemasaran). 

2. Dalam MLM, keuntungan atau hasil yang bakal diperolehi para pengedar (atas nama bonus, insentif atau sebagainya) bergantung kepada jumlah produk yang berjaya dijual kepada pengguna melalui kerja dan peranan yang dimainkan oleh para pengedar. Adapun dalam money game, keuntungan ditentukan oleh sejauh mana orang yang terbabit berjaya merekrut orang lain yang memasukkan sejumlah wang hingga terbentuk satu format pyramid. Kesimpulannya, keuntungan dalam MLM diperolehi dari usaha penjualan produk, adapun dalam money game atau skim pyramid ia diperolehi dari merekrut orang sahaja. 




 Jualan Langsung (MLM) bermaksud sebagai pemasaran produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan cara bersemuka, biasanya di rumah mereka atau di rumah orang lain, di tempat kerja atau tempat lain dan biasanya jauh dari tempat tetap perniagaan barang runcit (kedai, pasaraya. dll), lazimnya melalui penerangan ataupun demonstrasi oleh pengedar bebas Jualan Langsung.Tun Mahathir menjemput mereka yang menganggur dan tenaga yang tidak digunakan sepenuhnya di tempat kerja melibatkan diri di dalam industri MLM untuk maju demi mencapai Wawasan 2020.




Peringatan penting untuk di ketahui umum ialah ganjaran berbilang tingkat  yang diperolehi melalui syarikat Jualan Langsung menurut undang undang adalah ganjaran yang datang terutamanya dari jualan produk dan perkhidmatan kepada ramai pelanggan dan pengguna dan bukan dengan tatacara penajaan semata semata. Pelanggan atau pengguna termasuk pengedar bebas itu sendiri yang menggunakan untuk dirinya sendiri atau keluarga pada harga yang bersesuaian dan membeli produk tersebut pada masa yang lazimnya digunakan oleh orang lain.
 

 
 


 Money Game/Skim Piramid yang berselindung di sebalik MLM

Banyak syarikat yang menjalankan Money Game atau Skim Piramid tetapi berselindung di sebalik MLM menyebabkan orang ramai yang pernah ditipu oleh Skim Piramid dan Money Game menganggap MLM sama saja dengan Money Game/Skim Piramid. Mereka mengisytiharkan perniagaan secara MLM, tetapi sebenarnya yang mereka jalankan ialah permainan wang (money game)  





MLM yang menepati Syariat
 Jualan Langsung melalui ganjaran berbilang tingkat membawa faedah yang penting kepada pasaran. Ianya memberi peluang tak terkira jumlahnya kepada individu yang tiada peluang di prasarana pekerjaan atau mereka yang tidak digunakan sepenuhnya oleh pasaran pekerjaan. Ini adalah kaedah yang mudah dan tidak mahal bagi individu untuk belajar asas perniagaan dan pengurusan. Ianya memberi latihan secara praktikal kepada setiap individu jadual yang fleksibel dan makna sebenar pendapatan tambahan individu terbabit. Tambahan pula, ianya menjadikan syarikat  perniagaan itu unik atau produk innovatif atau perkhidmatan itu kepada pasaran tanpa melibatkan perbelanjaan yang terlalu mahal untuk pengiklanan pemasaran dan tidak perlu untuk bersaing tempat di dalam rak yang terdapat di kedai atau pasaraya  khususnya.
Kepada pembaca yang berminat untuk menyertai MLM, pastikan MLM yang ingin anda ceburi memiliki ciri-ciri berikut;
1. Produk yang dipasarkan hendaklah dipastikan benar-benar halal, Thayyib (berkualiti) dari semua aspek dan terhindar dari Syubhah.

2. Akad antara pihak penjual (al-ba'i) dan pembeli (al-musytari) dilakukan atas dasar suka sama suka (at-taradhi), tidak ada paksaan dan manipulasi.

3. Sistem urusniaganya hendaklah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat jual-beli sebagaimana yang terdapat di dalam hukum Fiqh.

4. Produk/barangan tersebut diperjualbelikan dengan harga yang wajar (yang tidak lari jauh dari harga pasaran mengikut kualiti sebenar).

5. Sistem perniagaan yang dijalankan benar-benar memperdagangkan barangan/produk (yakni menjalankan perniagaan sebenar), bukan menjalankan skim piramid atau money game dengan berlapikkan barangan/produk.

6. Sistem pemasaran yang dijalankan hendaklah menepati Syarak (tidak ada penipuan, gimik yang melampau, manupulasi).

7. Pihak syarikat yang menjalankan MLM hendaklah memastikan para pengedarnya sentiasa beriltizam dengan adab-adab atau etika pengedar (penjual) yang memenuhi tuntutan Syariat Islam.

8. Struktur pengurusan Syarikat hendaklah memiliki Jawatankuasa Pengawasan Syariah yang terdiri dari para ulamak yang memahami masalah ekonomi.

9. Bonus yang diberikan hendaklah di ambil dari keuntungan jualan (produk) dan/atau sumbangan syarikat yang berdasarkan kepada perniagaan yang bersih dan memenuhi ciri-ciri di atas khususnya dari sudut status produk dan juga harga. 

10. Pemberian bonus itu hendaklah berdasarkan prinsip “Perkongsian Untung” antara syarikat dan orang-orang yang menyumbang kepada syarikat. 

11. Pemberian bonus hendaklah dilakukan mengikut kaedah yang diharuskan oleh Syariat iaitu atas dasar Hibah, komisyen Simsarah, Ijarah (upah), al-Ju’alah atau sebagainya.
 


Apabila MLM yang disertai adalah MLM yang menepati prinsip-prinsip Mu’amalah Syariah dan bebas dari sebarang unsur yang ditegah Syarak dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan (gharar, riba, dzulm, penipuan dan sebagainya), pendapatan yang diperolehi darinya sama ada dalam bentuk bonus, hadiah, insentif dan sebagainya adalah halal.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Hukum Sistem Jualan Langsung (MLM) Menurut Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan 

Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam.




Harap semua berpuas hati...Pendikata sama seperti perniagaan topup, siapa yang berusaha dia dapat lebih .. .OLEH ITU PENDAPATAN MLM YANG ANDA JALANKAN HUKUMNYA HALAL. Wallahu a’lam.




 Paling best  INCOME tanpa sempadan .
DI SINI KITA HANYA SHARE KEBAIKAN PRODUK
TANPA MENJUAL




Monday, February 3, 2014

Fenomena Hutang dan Keburukannya



Aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, Ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI dan dikejar oleh incometax Inilah satu fenomena kurang sihat  berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.
 

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Hutang .... memang kita kadang-kadang  tiada pilihan. tetapi kita mestilah juga bersedia dengan risiko dan tanggungjawab yang ujud akibat berhutang. Tugas serta tanggungjawab tersebut MESTI jelas.


Kedua  wajarlah kita mendidik anak-anak (perwaris) yang layak agar mereka tidak berada di dalam keadaan "teraba-raba". Akhirnya diri sendiri yg menanggung rugi. Hendakkah kita berada didalam keadaan "terggantung"?
Oleh itu bertindak bijaklah didalam perkara ini.

The best option adalah:
a. Secara 'merisik-risik' ... tanya Ayah/Ibu hutang-hutang mereka baik yang  nyata ( eg . pinjaman rumah dll)  mahupun yg dirahsiakan.(hutang dengan orang sana sini) ....matlamat pokok adalah sebagai mengumpul data.
b. Nanti sekiranya ada apa peningalan harta puaska mereka kita , MESTI selesaikan hutang2 tesebut. Itulah satu-satunya bantuan terakhir buat kedua-dua ayah dan Ibu kita supaya mereka tidak berkeadaan "terggantung".
c. Bagi geleran kita pula .... ajar anak2 yg berwajib, proces tersebut. Bagi kita yg dah tahu serta faham , selesaikan sendiri agar tidak membebankan anak-anak pula.
Dengan demikian kita dapat mendidik satu generasi baru yang lebih berkualiti.  

Semuga kita dapat iktibar dan hidayah.