Translate to your language

Tuesday, April 2, 2013

Pahala Yang Ku Cari...


MUDAHNYA dapat PAHALA bagi pasangan SUAMI ISTERI...
 Pasangan bahagia apabila bahtera rumah  tangga  dikemudikan dengan baik sekali  , Kasih sayang suami -isteri  tanpa sekatan , tentu nya dijanjikan oleh  Allah pahala dalam segala hal, apa yang di bawa kerumah oleh suami di anggap sedekah  , apa yang dilakukan oleh isteri untuk keluarga juga sebagai sedekah..

 Isteri amat rasa kagum apabila suaminya  serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan  dalam pelbagai bidang. Mengetahui  selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua

 Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Kematangan Suami  amat perlu  dalam memberikan keputusan , kerana isteri akan tetap  meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan sendiri  dalam sesuatu perkara.



 Dalam mengharungi rumah  tangga, Selesaikan segala masalah dengan banyak BERDOA & BERUSAHA... Insyallah bahagia rumah tangga... Sekalipun SUAMI itu SALAH tetapi amat tidak wajar seorang ISTERI itu menegur SUAMI dengan cara MENENGKING...,BERDOSA menengking suami dan HARAM suami memukul isteri di bahagian kepalanya...

 Hakikatnya  tidak semua suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh wibawa yang mampu menakluk  isterinya. Meski seorang suami dinobatkan sebagai pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan ada suami yang takut dengan isterinya.

 Adakah anda termasuk suami takut isteri?

  Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan hingga ke masalah sikap isteri yang terlalu emosional.

 Ingin tahu ciri suami takut isteri? 


Adakah anda dalam gulungan suami takut isteri ...?

1. Selalu menuruti permintaan isteri.
 
  Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut  isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya yang boleh membuatkan  suami tunduk pada isteri.

2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

3. Anak pertama perempuan.
Banyak orang  mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan ; ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski ini  tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.Tolong beri komen, sama-sama kita renung....

4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.
Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami...

5. Isteri penuntut dan cemburu.
 Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri kerana  isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh suaminya..

Sama-sama lah kita renungkan. Namun tiada istilah suami takut isteri atau isteri kurang ajar/ tiada hormat dengan suami untuk membina keluarga bahagia