Translate to your language

Saturday, August 3, 2013

Wahai Wanita Dimana Nilai Mu..

Ramadan hampir meninggalkan kita... sangat mengharukan kepada yang sangat mencintai kelebihan bulan Ramadan ini. Tetapi pada pencita dunia mereka ceria  dan sebuk menyiapakan persediaan berHari Raya. Bererti bebas makan dan minum semula.

Sang Ibu dan Isteri merasa gelisah kerana tiada lagi memperoleh ganjaran menyiapkan makan dan minum keluarga waktu bersahur......Pahala untuk penyedia makanan.

Waktu ini ramai yang sebuk dengan seba serbi  baru nya... Ingat. Berjimat cermat membawa bahagia sebaliknya jika boros , membazir mengundang duka dan papa.... itulah timbul  bait-bait ayat " BIO PAPE ASALKAN BERGAYE "

Wanita dan hiasan juga tidak dapat dinafikan. Lihat saja wanita korea yang sanggup melakukan apa saje untuk dipandang cantik.Lihat sahaja barisan mereka yang telah melakukan pembedahan plastik.
WoW Cantek !!!
Namun masih ingat tak kes seorang isteri dari negeri China yang disaman  kerana melahirkan anak yang hodoh,,,,, kesihan .. wanita itu telah berhabis ratusan ribu ringgit akhirnya mendapat penghinaan dan cemuhan dan penghinaan dari seorang lelaki yang bergelar suami; Oleh itu Allah amat melarang kita merubah wajah  yang telah dijadikan , kita diajar supaya bersyukur pada yang ada dan atas nikmat yang di berikan supaya kehidupan bahagia dunia dan akhirat
DNA akan merakamkan "Who You Are " . Cantik menjadikan kita bangga dan akhirnya menjadi insan yang bangga diri.... ujub yang membawa kemusnahan diri.
Bersyukur dan pelihara sebaiknya....jika ingin kecantikan asli , gunakan bahan yang  alami, /tumbuhan .... cuba dan rasai kelainan- sila baca. Kita Wajib menjadi cantik tetapi bukan merubah.


Tuesday, April 2, 2013

Pahala Yang Ku Cari...


MUDAHNYA dapat PAHALA bagi pasangan SUAMI ISTERI...
 Pasangan bahagia apabila bahtera rumah  tangga  dikemudikan dengan baik sekali  , Kasih sayang suami -isteri  tanpa sekatan , tentu nya dijanjikan oleh  Allah pahala dalam segala hal, apa yang di bawa kerumah oleh suami di anggap sedekah  , apa yang dilakukan oleh isteri untuk keluarga juga sebagai sedekah..

 Isteri amat rasa kagum apabila suaminya  serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan  dalam pelbagai bidang. Mengetahui  selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua

 Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Kematangan Suami  amat perlu  dalam memberikan keputusan , kerana isteri akan tetap  meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan sendiri  dalam sesuatu perkara.



 Dalam mengharungi rumah  tangga, Selesaikan segala masalah dengan banyak BERDOA & BERUSAHA... Insyallah bahagia rumah tangga... Sekalipun SUAMI itu SALAH tetapi amat tidak wajar seorang ISTERI itu menegur SUAMI dengan cara MENENGKING...,BERDOSA menengking suami dan HARAM suami memukul isteri di bahagian kepalanya...

 Hakikatnya  tidak semua suami dikurniakan wajah dan suara yang berkarisma dan penuh wibawa yang mampu menakluk  isterinya. Meski seorang suami dinobatkan sebagai pemimpin, tapi belum tentu dia mampu memimpin isterinya. Bahkan ada suami yang takut dengan isterinya.

 Adakah anda termasuk suami takut isteri?

  Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan hingga ke masalah sikap isteri yang terlalu emosional.

 Ingin tahu ciri suami takut isteri? 


Adakah anda dalam gulungan suami takut isteri ...?

1. Selalu menuruti permintaan isteri.
 
  Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut  isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya yang boleh membuatkan  suami tunduk pada isteri.

2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.

3. Anak pertama perempuan.
Banyak orang  mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan ; ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski ini  tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.Tolong beri komen, sama-sama kita renung....

4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.
Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami...

5. Isteri penuntut dan cemburu.
 Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri kerana  isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan oleh suaminya..

Sama-sama lah kita renungkan. Namun tiada istilah suami takut isteri atau isteri kurang ajar/ tiada hormat dengan suami untuk membina keluarga bahagia



Sunday, March 24, 2013

Siapa Wanita Cantik?


 Bukan mudah untuk mencari Wanita yang cantik sebenarnya,;
Apakah katagori ?
Apakah status yang di pilih ?

Sebenarnya APA YANG DIKATAKAN WANITA ITU CANTIK APABILA ...
. Mereka  mempunyai sifat sebegini ....!  anda ada?

 1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.
seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

  2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.


  3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS;

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.



  4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.


  5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.


  6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


  7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.