Translate to your language

Friday, April 25, 2008

Adakah Syarat Anda Mencukupi Untuk Bebas.


Andai kata Anda terlalu inginkan kebebasan,ingin mengikut kata hati. Menolak aturan dan arahan dari Allah dan Rasullulah SAW.Cuba nilai diri anda........

1.Jika Anda hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah sesekali memakan rezeki kurniaan-Nya.

2.Apabila hendak menderhaka kepada Allah, maka janganlah menginap di mana-mana pun di atas dunia ini, kerana dunia ini ciptaan Allah untuk hamba-hamba-Nya.

3.Jika anda masih berdegil, mahu juga menderhaka kepadaNya, sedangkan anda memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi hamparan Nya, maka carilah tempat yang kiranya Allah tidak dapat melihat perbuatan mu.......Lakukan lah perkara yang ditegah oleh-Nya. Jika engkau ketemui daerahnya, lalu perlakukanlah sesuka hatimu, langgarilah perintah Allah dan lakukan maksiat semahu mu.

4.Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawamu, maka katakanlah kepadanya, 'Berikanlah saya tempoh untuk bertaubat nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah.

5.Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Kiamat hendak membawa mu masuk ke dalam neraka maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya.

Semoga Allah memberi hidayah kepada kita...insya-Allah

Wednesday, April 23, 2008

Apa Perlu Dibuat ?? ? ? Kuatkan Iman


kisah benar:Email dari teman yang menceritakan suka-duka nya mencari kebenaran beragama. Mencari agama yang diredoi Allah.Ikutilah luahan hati beliau.

Perjalanan Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah.
Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis.
Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.Saya dilatih oleh bapa ,untuk menjadi seorang paderi.Sejak mula PBS ,bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya Membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah, bertanyakan masalah mereka dan membantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada yang kami bantu dengan duit secara spontan. Ada yang kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah .

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat! RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu di tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus mengambil mata pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam untuk memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu di tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. –Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur di rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.


Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah Hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang memintasaya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya Lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan Saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti Kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut soal duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar diPERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya Katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak.Saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat cerita........ Ayah saya menganut Agama Islam.Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis.Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya memeluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaan Mu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah
saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita Ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya.Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islam pun baru setahun jagung....."Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog Tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,siapa benarkan awak pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling Bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x,3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan.

Tolong fowardkan ... demi Islam... demi agama yang tercinta....
Insyaallah...

Bertudung Membawa Berkat


Kisah benar dari US. Banyak kisah-kisah aneh yang menakjubkan sebegini telah berlaku. Moga kita boleh ambil iktibar.Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia kesaorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu.

Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya. Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalula h amalkannya.Bayangka n anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi.

Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini.

Menuntut kebahagiaan kekal abadi



Cermin Kelemahan Diri ,
Apa guna jadi kaya kalau hati tak bahagia.
Apa guna hidup senang kalau hati tidak tenang.
Apa guna rupa ayu kalau iman sudah layu.
Hadis Rasulullah SAW : Orang yang pandai ialah orang yang mengingati Mati.
Apa guna masuk ke Oxford University atau Harvard University jika tak ingat mati ?
Apa guna ada anak yang pandai dalam ilmu dunia jika tidak mengingati mati ?

Orang yang pandai, akan sentiasa mengingati mati, akan berusaha melakukan sesuatu yang mengundang redha dan ampunan Allah. Dunia ini hanyalah batu loncatan untuk ke negara akhirat kerana nikmat di dunia ini hanyalah sementara tetapi kenikmatan di akhirat adalah berkekalan.

Dengan mengingati mati, kita akan berusaha untuk mengumpul bekalan untuk kembali kepada Allah.
kita akan melaksanakan ibadah dengan sempurna. Kita laksanakan tuntutan yang wajib, tak tinggal solat, tutup aurat, tak main judi, tak minum arak, tak zina etc.

Cerita tentang Sufiah, seorang anak kelahiran Malaysia yang berada dalam kategori genius matematik , masuk ke Universiti terkenal pada usia 13 tahun. Tetapi akhirnya Sufiah menjadi pelacur dan Sufiah dikatakan merasa bangga menjadi pelacur. Shukri Hadafi seorang yang genius diawal umur 4 tahun dan penah menjadi anak angkat kepada Prof Diraja Ungku Aziz . Tetapi akhirnya beliau terjebak dengan dadah. Hidupnya rosak.

Agak pelik .... mereka pandai, tetapi kenapa mereka bodoh memilih jalan yang merosakkan diri sendiri . Ikutkan hati merana .Ikutkan nafsu binasa.Oleh itu ikut landasan yang telah Allah ajarkan. Buka hadis dan Al-Quraan.Jadikan ia sebagai panduan. Paling senang dan simple tetapi paling sukar dibuat.

Apa dia?
Berkata perkataan “Ah!......... Kepada ibu atau bapa……
Ibu bapa patut dipatuhi dan dihormati. Tiada ibu bapa ingin melihat anaknya derita dan sengsara. Tetapi pendapat mereka boleh dibawa berbincang tetapi elakkan perkataan Ah!.....
Dalam kes Safiah, ibunya adalah bekas pelajar TKC, Seremban, membuat PHD di Universiti Luar Negara. Berhenti kerana ingin menjadi surirumah sepenuh masa . Berapa banyak pengorbanan nya untuk bina keluarga tetapi inikah balasan yang diterimanya?

Siapa harus disalahkan? . Walaubagaiman pun Allah berfirman “ Ibu bapa lah yang menjadikan anak itu Majusi atau Nesrani , kerana anak itu lahirnya seperti kain putih, ibubapalah mencorakkan kehiupannya…….Salah Ibu bapa lagi…..Di dunia,….. Diakhirat Allah laknat kerana menjadi ibubapa tak bertanggung jawab…..

Janaganlah terlalu mengejar ilmu keduniaan , seimbangi juga dengan ilmu akhirat. Banyak yang telah berjaya dan telah sampai kepuncak kejayaan,kerana ilmu akhirat tiada jiwa dan hati menjadi kosong. Tak kenal Allah, tak kenal Rasulullah SAW, tak kenal syurga dan neraka, tak kenal akhirat, tak solat, tak puasa ,membuat perkara-perkara dilarang oleh Allah.Tidak hairan jika golongan ini , jika bermasalah, mereka akan membuat perkara –perkara yang dirangsang oleh nafsu, minum arak, berzina, judi dan sejenisnya. Akhirnya rosak binasalah kehidupannya.Walau pandai melangit tanpa iman hidup tidak bermakna didunia dan terseksa diakhirat.



Quran dari Surah Ibrahim : Ayat 24 hingga 25 yang bermaksud :

“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana ALLAH telah membuat perumpamaan kalimat yang baik (kalimah Tauhid) seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. ALLAH membuat perumpamaan- perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.”

Cuba bayangkan sepohon … ..... Pendekata kehidupan seorang Islam yang beriman mestilah seperti se pokok yang baik. Pokok yang baik mesti mempunyai akar tunjang yang mencengkam bumi agar tak mudah tumbang. Mesti mempunyai batang yang kuat agar tak goyah dan mampu menjadi penyokong tempat dahan, ranting, daun menumpang tumbuh. Mesti ada dahan, ranting dan daun yang merimbun bagi membolehkan orang berteduh. Mesti ada buah yang manis dan sedap bagi membolehkan orang makan.

Pokok yang baik, mesti ada akar tunjang yang kuat mencengkam bumi. Datang ribut taufan pokok akan tetap terpacak di bumi kerana akar tunjang yang mencengkam bumi. Akar tunjang itu diibaratkan sebagai pegangan TAUHID dan ucapan kalimah syahadah seseorang muslim. Sejauhmana keyakinannya kepada rukun iman yang enam iaitu percaya kepada ALLAH, percaya malaikat, percaya kepada Nabi & Rasul, percaya kepada Kitab2, percaya kepada Hari Kiamat, percaya kepada Qada dan Qadar. Kuat pegangan tauhid seseorang, walau apajua bala dan musibah, mereka akan tetap sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH.

Pokok yang baik juga mesti mempunyai batang yang besar, kuat dan teguh. Tak boleh ditebuk tupai, tak boleh ditebuk ulat, tak boleh dirosakkan oleh makhluk perosak. Kerana batang itulah yang akan menyokong dahan besar, dahan kecil, ranting2, daun2 yang rimbun, bunga dan buah pada pokok. Tanpa batang pokok, kesemua nya takkan dapat berdiri dan bersokong. Batang itulah diibaratkan bagai SOLAT yang wajib 5 waktu sehari semalam. Andainya ada dikalangan umat Islam yang tidak mendirikan solat,ibarat mereka sebagai tunggul pokok yang mati.

Dahan-dahan besar bagi sebatang pokok diibaratkan bagai rukun Islam yang lain iaitu puasa, zakat, mengerjakan haji. Andainya ada yang tak dilaksanakan oleh umat Islam, pokok yang ditanam bagaikan tak berdahan. kalau tak berdahan, bagaimana ranting, daun, bunga dan buah hendak menumpang tumbuh ? Pokok tersebut bagaikan pokok mati yang hanya layak dijadikan bahan bakaran atau kayu api.

Dahan2 kecil diibaratkan tuntutan perintah wajib yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam selain rukun iman dan rukun Islam iaitu menutup aurat, menjaga maruah diri, keluarga, harta dan agama, berlaku amanah dan lain-lain tuntutan yang wajib.Termasuk juga perkara yang menjadi fardhu kifayah seperti solat jenazah, membangunkan ekonomi Islam.

Ranting-ranting pula diibaratkan bagaikan amalan sunat yang dilaksanakan, berselawat, berzikir, bersedekah.

Daun diibaratkan sebagai perkara yang harus yang dijadikan ibadah. Perkara harus, jika dilaksanakan, mendapat pahala. ikut sunnah Rasulullah SAW,.... bila nak masuk ke tandas, baca doa. langkah masuk tandas dengan kaki kiri. Langkah keluar tandas dengan kaki kanan. Masuk tandas pakai selipar. tutup kepala . selesai berdehem 3 kali, barulah beristinjak dengan air mutlak

Bila pokok ada akar tunjang yang kuat, batang yang kuat, dahan, ranting serta daun yang rimbun. Maka dari pokok yang sihat dan kuat, lahirlah buah yang manis yang tak berpenyakit. Buah itulah akhlak mulia yang lahir dari hati yang beriman yang penuh dengan amalan soleh.

Kita belajar dari darjah satu ke darjah enam. Dari Tingkatan satu ke Tingkatan Lima. Kemudian ada yang buat matrikulasi, ada yang buat Diploma. Kemudian ada yang sambung buat Degree. Ada yang sambung buat Master dan PhD. Tapi itu semua hanyalah salah satu dari beberapa cabang dahan yang kecil. Andainya kita abaikan iman, kita abaikan solat, kita abaikan puasa, zakat, kita abaikan perintah fardhu ain dan fardhu kifayah. Semua ilmu yang kita belajar Tiada makna dan Tiada nilai disisi Allah.