Translate to your language

Friday, August 17, 2007

Biar Jadi Lilin Kalau Itu Kehendak Mu.


Biar ku menjadi lilin…….,Memberikan cahaya,
Terangi sekeliling , dengan diri terbakar……
Tak seorang yang sedar.
Aku senang begini dapat terus berbakti dengan cara sendiri,



Biar masa berlari……..,Dan kau terus mendaki,
Aku tenang disini,…Dengan sabar menanti,tanpa dendam dan benci,
Andai kau terluka dan tersungkur,……. ku rawat biar sembuh.

Aku tak kan bertanya…….Apakah nanti balasan nya,
Setiap pemberian….., setiap pengorbanan……., Demi satu ikatan,
Keikhlasan di hati…Walau sering kau ragui,
Nanti disatu masa dan di satu ketika akan ketara jua.

Pengorbanan, terlalu luas untuk diungkapkan,
Pengorbanan seorang Ibu kepada anaknya,
Seorang bapa kepada keluarganya,…macam-macam…

Cantiknya lirik lagu ini, mungkin pengubah bermaksud lain, tapi sudah tentunya ia ingin menceritakan pasal pengorbanan.Macam lilin, dia terbakar, Hangus jadi debu. Orang yang yang di terangi gembira kerana dapat sinar cahaya. Bebas dari cengkaman kegelapan.Sikap begini memang bagus, tidak bersikap mementingkan diri…..Tapi jangan lah jadi lilin yang membakar.Habis punah semua di makan api. Orang jadi menderita kerana tiada lagi tempat berlindung.

Dalam dunia ini, semua benda atau perkara mempunyai pasanagan. Baik, Bagus, Cantik dan sempurna lawannya buruk. Jadi pilihlah mana satu pilihan hati. Ingin menjadi terbaik dalam segala hal lakukan lah segala amalan yang baik-baik.

Ungkap pasal lilin, ...Cerita anak muda.

A,sangat suka kepada B Tetapi A tidak pasti perasaan B terhadapnya, maklumlah mereka sama-sama sekuliah. Oleh kerana suka sangat kat B ni, A akan meneliti setiap apa yang orang ceritakan pasal B.Melihat, Mendengar dan lihat tingkah laku B….memang A pasti, B hanyalah sekadar kawan biasa sekuliah kerana tidak ada riak something special towards A.

A,mengikut kehendak keluarga untuk berkahwin dengan C.Alasan keluarga kerana ramai yang bertanya sejak lepasan sekolah menengah hinggalah keperingkat University dan bimbang akan keselamatan A.A akur dengan pilihan keluarga lantaran tidak dapat meyakinkan keluarga dengan kehadiran B.Hati A tidak setuju, ia terpaksa berkorban perasaan nya,sedih dalam diam tapi pasrah.Hanya itulah ceritanya, kita rasa ini hanya cerita biasa,tapi dari riak wajah A kita dapat tahu bahawa memang A sukakan B tetapi terpaksa akur kerana A mendapat tahu bahawa B sudah ada pilihan hatinya sendiri.

Amat meyedihkan A bila B mecurahkan isi hatinya kepada A,tetapi telah terlambat. Sekali lagi fikiran A berperang,mengikut kehendak keluarga atau perasaanya.A tetap mahu meyakinkan keluarga tetapi sekali lagi kecewa kerana mendapat tahu B telah mencurahkan hatinya kepada teman sekuliahnya.


Tip.
1.Yang terbaik,Apa yang telah terjadi teruskan,jangan pandang belakang,pandang kedepan.

2.Terapinya...Kalau suka katakana suka ,..

No comments: